Revolusi kecantikan sekarang memang macam-macam!
Sementara untuk mengejar angka jualan, kegunaan dari peningkatan teknologi juga membuatkan banyak pengeluar produk kecantikan menghasilkan produk yang unik.
Ya, Wanista memang tak pernah penat untuk bercerita tentang sheet mask. (Artikel Sheet Mask dari Wanista)
Jika sebelum ini heboh tentang sheet masker dengan topeng haiwan tapi hari ini Wanista ingin kongsikan dua jenis sheet mask yang dicipta khas untuk merawat kulit memanglah kan dan direka paling unik, pelik serta menarik tertarik.
#1 Mesin Mask DIY
Pernah tak anda teringin untuk membuat sheet mask sendiri? Oops! Ini bukan masker yaa..tapi sheet mask. Yes, anda boleh buat sendiri dengan mesin mask yang kini terdapat dalam pelbagai jenama seperti EgoEra, Sipsop dan banyak lagi.
Anda boleh guna buah, sayur atau apa-apa jus untuk dijadikan mask. Mudah! Hanya masukkan kuantiti air, ekstra buah dan pil kolagen (yang telah disediakan atau boleh beli sendiri di farmasi). Tunggu selama 5 minit, kemudian masker anda siap untuk dipakai.
Video dari INSIDER Beauty
Kepada anda yang teringin untuk mendapatkan mesin ini, ianya ada dijual di Amazon dan AliExpress.
#2 Multi-Masking Bento Set Mask To Perfection
Tak semua bahagian wajah kita mengalami masalah yang sama, sebagai contoh bahagian zon-T yang dikaitkan dengan dahi dan hidung berminyak. Jadi pastinya anda memerlukan rawatan yang bersesuaian, uniknya Multi-Masking Bento Set Mask To Perfection dari Skin Inc cipta sheet mask yang membolehkan anda menyuaipadan pada bahagian atas dan bawah muka.
Didatangi dengan 3 jenis mask iaitu Soothe-n-Purify Black Gold Mask, Lines Be-Gone Rose Gold Mask, Get Glowin® Platinum Mask khas untuk menenangkan, anti-penenuaan dan mencerahkan.
Apa yang perlu lakukan ialah pilih mask yang bergantung pada kesesuaian kulit anda. Contoh pada mereka yang megalami masalah tona kulit tidak sekata dibahagian atas wajah, hanya guna platinum mask untuk kesan cerah dan bahagian bawah untuk detoks serta menenangkan kulit.
Dapatkan Multi-Masking Bento Set Mask To Perfection di butik Sephora Malaysia atau secara atas talian di sephora.my.
Yang mana satu menjadi idaman anda?