Sejak petang semalam, kecoh khabar angin mengatakan bahawa pihak Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) mahu lagu hit Sepanyol “Despacito” yang turut dinyanyikan oleh bintang sensasi Justin Bieber itu diharamkan serta-merta, berhenti dimainkan di stesen-stesen radio seluruh Malaysia kerana didakwa mengandungi bahasa dan bait lirik yang kurang enak maksudnya.
Berikutan isu tersebut, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil langkah untuk mengharamkan lagu tersebut yang dipercayai mampu menggugat akhlak masyarakat dengan kandungan lirik bersifat lucahnya agar berhenti dimainkan di semua stesen radio dan televisyen RTM yang merupakan milik kerajaan.
Biarpun tindakan telah diambil, jelas Datuk Seri Dr. Salleh Said, “Sukar untuk mengawal penyebaran lagu tersebut lebih-lebih lagi kerana ia boleh lagi ditonton dan didengar menerusi atas talian”
“Untuk itu, kami juga telah mengeluarkan arahan supaya semua stesen radio di Malaysia untuk jadi lebih sensitif dengan isu ini sama ada menghentikan terus penyebaran lagu mahupun memotong mana-mana bait lirik yang tidak bersesuaian ketika ia dimainkan untuk pendengar,” tambahnya.
Antara lirik yang berbunyi lucah:
“Let me breathe your neck slowly, Let me undress you with kisses slowly, sign the walls of your labyrinth, and make your whole body a manuscript.”
“Come test my mouth to see what It taste like to you, I want to see how much love do you have, I’m not in a hurry, I want to do the trip, Let’s start slowly then wildly”
“If I ask you for a kiss, come give It to me, I know that you’re thinking about it, I’ve been trying for some time.”
Lagu dendangan penyanyi asal Puerto Rico, Luis Fonsi bersama rapper Daddy Yankee tersebut merupakan satu fenomena kerana berjaya menduduki tangga teratas dalam carta muzik seluruh dunia termasuklah Malaysia sejak 10 minggu lalu.
Dengar Lagu Despacito Versi Melayu Berjudul Incognito
https://www.youtube.com/watch?v=gR965hqGBd0