Wanita sejati mempunyai dua mahkota yang terpenting, ia seharusnya dijaga dan diambil berat tentang isu kesihatan dan kebersihan. Bahagian kemaluan dan payudara sering kali dikaitkan sebagai anugerah wanita, ya, memang tepat tiada yang lain membuktikan itu adalah hak mutlak terindah dari tuhan. Jadi sayangnya kalau kita acuh tidak acuh dalam menjaga kebersihan dua aset itu.
Biasanya ramai yang fokus pada bahagian kemaluan, terlupa dengan ‘kembar’ yang hanya dijaga cukup membersih semasa mandi.
Baca: Artikel Tips Penjagaan dan Kebersihan Vagina
Begitu juga dengan ramai yang hanya menitikberatkan tentang kesihatan payudara dengan hanya mengetahui diet seimbang untuk penjagaan payudara, tanda awal kanser payudara tapi bagaimana pula dengan kebersihan? Bukankah dari kebersihan barulah kesihatan terjamin sekaligus memberi efek cantik?
Baca: Artikel Tips Penjagaan dan Tanda Awal Kanser Payudara
Sebelum kita semua terlepas pandang mengenai penjagaan kebersihan payudara, mari selidik dan praktik cara menjaga aset paling cantik ditubuh seorang wanita!
Anda boleh praktikkan mencuci payudara ketika mandi, tapi pastikan anda mulakan dengan membasahkannya dahulu kemudian cuci dengan sabun pilihan, Wanista mengesyorkan anda menggunakan sabun bebas kimia atau mempunyai kebaikan Vitamin E bagi kulit payudara yang lebih cantik. Hati-hati apabila mencuci dibahagian punting, gosok secara perlahan bagi mengelakkan puting cedera.
Pada ibu yang menyusukan anak, lap bersih payudara anda menggunakan tisu basah bagi membasmi kesan air liur. Setelah bersih dengan air, anda boleh sapukan bahagian puting dengan krim puting yang dikhaskan atau guna sahaja air susu anda dan biar kering.
Pemilihan bra juga adalah faktor kebersihan harus dijaga. Elakkan memakai bra yang ketat dan lebih kecil atau besar dari saiz payudara anda, ini paling penting untuk para ibu yang menyusu. Bra yang mempunyai wayar boleh menyekat keselesaan dan menyebabkan kegatalan pada bahagian bawah payudara. Pilih bra atau pad bra yang menggunakan fabrik dari kapas. Ianya lebih menyerap peluh dan bebas bakteria.
Baca: Berapa Kerap Anda Perlu Mencuci Bra? Baca Sini!
Diakhir sekali anda boleh menyapu minyak zaitun atau minyak bayi disekeliling payudara, teknik ini bukan sahaja mencantikkann kulit payudara anda malah payudara anda tampak lebih lembut dan berseri.
Kan dah cakap kecantikan, kesihatan bermula dari kebersihan. Selamat beramal!