NU Skin Malaysia dengan bangganya menganjurkan kempen menderma darah menerusi inisiatif tanggungjawab sisoal korporatnya dengan tema ‘Force For Good’ dan untuk pengetahuan semua,ini adalah Blood Donation Drive kali yang ke-14. Ia bakal berlangsung pada 11 Julai akan datang di Lobi Perdana PNB.
Nu Skin Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara Malaysia bermatlamat untuk memenuhkan serta meningkatkan kembali tabung simpanan darah yang telah semakin berkurang kerana sebuah hospital sekurang-kurangnya memerlukan 2,000 beg darah setiap hari dan oleh sebab itu, orang ramai diundang untuk menyertai kempen menderma darah bagi meringankan beban pesakit yang memerlukan.
Tarikh: 11 Julai 2017 (Selasa)
Masa: 11:00am – 4:00pm
Tempat: Lobi Perdana PND (Ground Floor)
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.nuskin.com/en_MY] proses menderma darah akan mengambil masa sekitar 8 hingga 10 minit untuk setiap satu sesi. Peserta juga diingatkan untuk makan sedikit sebelum memulakan pendermaan darah dan bawa sekali kad penderma, lesen memandu dan dua borang pengenalan. Jika ada mengambil apa-apa ubatan, bawa senarainya untuk rujukan.
Be A Force For Good,
Save Life Together