Hubungan pelakon cantik manis Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak sehingga kini menjadi tanya para peminat tentang status hubungan mereka. Ramai diantara peminat mereka mahu hubungan mereka ‘menjadi’. Iyalah, mereka berdua ini sering kali kelihatan bergambar bersama dan secara tidak langsung seperti meluahkan perasaan suka diantara satu sama lain.
Pada peminat yang mengharap mereka bersatu, sudah boleh berhenti berangan kerana Mira baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai gosip percintaan antaranya dengan Zizan yang hangat diperkatakan.
“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta.
Menurut Mira lagi dia kini ingin lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga.
“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,”
Nampaknya status hubungan mereka bukan lagi dalam teka-teki, ternyata Mira tiada perasaan terhadap Zizan dan mana-mana lelaki lain. Peminat? Berdoalah supaya dua hati mereka bersatu jua kerana jodoh ditangan tuhan.