Aidilfitri adalah masa untuk bergembira, namun, dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini, ia boleh menimbulkan keresahan kepada golongan ibu. Apa tidaknya mereka perlu memikirkan cara berbelanja secara berhemah untuk membeli keperluan perayaan seperti makanan, pakaian dan perhiasan untuk sambutan setahun sekali ini.
Kimball, jenama produk kulinari memahami cabaran yang dialami oleh ibu-ibu untuk menganjurkan aktiviti rumah terbuka semasa Raya dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini. Oleh itu, Kimball menyediakan juadah raya yang paling mudah malah semestinya ekonomi untuk para ibu.
Gado- Gado Raya Kimball
Bahan-bahan:
Untuk sos:
- 2 sudu besar minyak
- 2 sudu besar pes cili
- ½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
- ½ cawan Sos Cili Kimball
- ½ cawan santan
- 2 cawan air
- 1 1/2 cawan (180g) kacang tanah panggang, tumbuk halus
Untuk salad:
- 6 batang kacang panjang, potong 5cm panjang, dicelur dan disejat
- 3 cawan hirisan kubis, dicelur dan disejat
- 1 ikat kecil kangkung, petik 5 cm, dicelur dan disejat
- 2 biji kentang, direbus dan dihiris tebal
- 3 biji telur rebus, dipotong baji
- 3 keping taufu, digoreng dan dipotong 2 cm kiub
- 1 biji sengkuang, diparut halus
- 2 keping tempe, digoreng dan dipotong 2 cm kiub
- 1 biji timun, diparut halus
- 1 tin Kacang Kuda Kimball, disejat
- 10-20 keping keropok melinjau
Cara memasak:
1. Untuk sos: panaskan minyak dan tumis cili giling atas api perlahan sehingga masak dan naik minyak. Campur Sos Lada Hitam Kimball dan Sos Cili Kimball. Biar 5 minit, kemudian masukkan santan dan air. Bila didih, tambah kacang. Masak 10-15 minit lagi, kacau selalu sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan rasa.
2. Letak semua bahan salad dalam pinggan besar.
3. Hidang bersama sos dalam mangkuk lain.
Tauhu Sumbat Goreng Kimball
Bahan-bahan:
Untuk inti:
- 100 g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
- 2 sudu besar minyak
- 3 ulas bawang putih, dicincang halus
- 1 biji lobak merah, diparut halus
- 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
- Garam, secukup rasa
- Lada, secukup rasa
- 30 keping taufu paf goreng
Untuk Bater:
- 150 g tepung beras
- 70 g tepung gandum
- ½ sudu teh garam
- 1/8 sudu teh serbuk kunyit
- 1 cawan air
- 1 sudu besar air kapur
- 3 helai daun limau purut, disiat halus
- 2 cawan minyak, untuk digoreng
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah lobak merah, goreng 5 minit sebelum masukkan Angel Hair Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball Kimball. Perisakan dengan garam dan lada.
2. Buat lubang pada setiap taufu paf dan sumbat inti. (Ini boleh dibuat sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk).
3. Tuang bater dalam mangkuk adunan supaya senang dan konsisten bila menyalut. Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 4 sm dalam. Celup taufu sumbat di dalam bater. Goreng sedikit demi sedikit sehingga garing dan perang keemasan. Sejat minyak dan hidang semasa panas bersama Sos Cili Thai Kimball.
Selamat Mencuba!