Warna mempengaruhi pelbagai aspek dalam kehidupan seharian manusia. Dalam era moden masa kini, konsep minimalis telah mendapat perhatian umum. Ianya ringkas tapi mampu memancarkan aura yang bersifat tersendiri. Dan jika tona-tona terang dipilih sebagai ‘persembahan’ untuk menyatakan rasa gembira seperti yang dilakukan oleh wanita ini.
Amina Mucciola hidup dalam kehidupan penuh warna-warni dan apartmen beliau adalah contoh terbaik.
Pereka ini menjadi sensasi internet setelah mengubah kediaman dengan rona pelangi yang ceria. Dengan dinding ungu penuh cahaya, kabinet pastel, dinding bunga, ketuhar pemanas berbentuk hello kitty dan hiasan kren kertas origami berwarna-warni tergantung di siling, sekaligus mencerminkan diri Mucciolo yang positif dan fun.
“Hiasan dalaman adalah sangat penting, ia menggambarkan personaliti saya dan juga suami. Kami berdua sukakan ruang yang ceria, seronok malah memberi kegembiraan,” jelas wanita yang mempunyai pengikut lebih 161K di Instagram.
Lihat dekorasinya penuh ceria!
Deko rumah sebegini, nampak menarik bukan?
Jadi, anda bolehlah jadikan apartment ini sebagai inspirasi apatah lagi bersesuaian dengan keadaan sekarang sedang sibuk membuat persiapan Lebaran.