Kalau anda lihat di Instagram kini terdapat lambakan model segera yang sering terpampang dimana-mana jenama pakaian atau kecantikan. Apa yang penulis perasan, mereka mempunyai kriteria wajah ayu dan boleh memakai kanta lekap. Dan apa yang penulis faham untuk menjadi seorang model ialah mereka mempunyai keunikan pada rupa dan mempunyai karakter apabila berjalan di pentas peragaan. Menjadi seorang model bukanlah setakat anda tahu posing dihadapan kamera anda juga bakal menjalani pelbagai ujian tentang pengetahuan anda mengenai fesyen dan latar belakang client untuk anda bekerja.
Kepada anda yang sedang menggengam cita-cita untuk menjadi seorang model, ingat tiada apa yang lebih mudah daripada menghasilkan kepingan gambar yang menarik untuk jenama fesyen dan kecantikan tanpa secalit solekan. Mampu?
Penulis ingin berkongsi tentang individu yang paling penulis kagum dan memberi inspirasi dalam dunia fesyen iaitu…
Naomi Campbell
Kenal?
Dia digelar lagenda, inspirasi, ikon dalam dunia modelling. Sesiapa sahaja mahu menjadinya, namun jangan sesekali anda bandingkan diri anda dengan dirinya. Seawal usia 15 tahun, Naomi sudah pun menginjak dalam kerjaya modelling. Berasal dari tanah British, dia tidak pernah mengenali siapa bapa kandungnya dan dijaga oleh saudara ketika ibunya sibuk mengembara sekitar Eropah bekerja sebagai penari. Walaupun hidupnya tidak sempurna, Naomi berjaya memasuki Italia Conti Academy of Theatre Arts sebagai pelajar balet. Bayangkan hanya berusia 16 tahun, dia sudah pun menakluk muka hadapan Majalah Elle versi British.
Apa yang membuatkan orang menggelarkan Naomi Campbell supermodel dunia?
Hasil fotografi yang sangat tinggi kualiti/high end fashion photo
Terbaik hanya dari Naomi, kerana dia tahu apa yang client inginkan darinya dan bijak memainkan peranan untuk tidak overshadow produk.
Walk Naomi umpama berjalan di atas air
Peranan paling penting seorang model ialah memiliki gaya walk/catwalk paling menarik dan yakin. Dia tidak perlu berasa ragu-ragu dan pandai memain pesona untuk menyerlahkan produk yang dipamerkan di pentas peragaan. Tonton 10 catwalk ikonik dari Naomi…
Tegas, tetap pendirian dan tidak lokek berkongsi ilmu
Naomi pernah menjadi mentor dalam rancangan realiti The Face. Sememangnya Naomi seorang tidak mahu mengalah dan sangat tegas pada anak didiknya. Walaupun dilabel sebagai individu yang menakutkan dan garang, tapi anda akan dapat lihat dia mengajar setiap anak kelahiran model dengan cara yang terbaik.
Tidak mencari populariti dalam dunia model
Bayangkan sekitar 90-an model dari kulit hitam tidak dibayar sama banyak seperti model kulit putih dan Naomi tidak pernah diterima dalam kempen solekan sehingga akhir tahun 1999. Bagi Naomi kemasyhuran yang dia kini miliki bukannya yang dia cari. Ia datang dari kerja keras dan sikap tak putus asa dalam mencari peluang. Mendengar kata, terbuka untuk menerima kritikan dan mempunyai disiplin yang tinggi merupakan perkara yang sentiasa Naomi pastikan yang ada dalam diri seorang model. Jadi tidak pelik Naomi telah 65 kali menjadi muka hadapan Majalah Vogue.
Original
Walaupun Naomi tidak terlepas dari isu-isu panas dan kontroversi, dia tetap mengekalkan originality atau keaslian yang dia miliki. Bukan setakat keaslian kecantikan, malah dia tidak berpura-pura untuk menjadi dirinya sendiri. Menakutkan, garang, berlagak diva, kata lah apa sahaja tentang Naomi..dia tetap Naomi Campbell.
“What Makes A Person Is The Ability To Look At Themselves And Deal With Their Own Lives”
– Naomi Campbell –