Kumpulan Enfiniti peneraju hiburan di Malaysia mengumumkan produksi terbaharunya, OlaBola The Musical. Diarahkan oleh produser serta pelakon hebat Tiara Jacquelina, teater muzikal ini bakal dipentaskan di Istana Budaya dari 22 Februari hingga 22 Mac 2018.
OlaBola The Musical adalah produksi asli terbaharu Enfiniti susulan kejayaan Puteri Gunung Ledang, P.Ramlee The Musical dan MUD: The Story of Kuala Lumpur. Sebagai jaguh dalam penceritaan kisah-kisah Asia kepada khalayak dunia, Enfiniti sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan produksi inovatif berkelas dunianya. Muzikal ini akan menjadi peristiwa penting bagi Enfiniti kerana pengasasnya, Tiara Jacquelina bakal buat julung kalinya, berperanan sebagai Pengarah bagi produksi yang sangat dinanti-nantikan ini.
Teater muzikal istimewa ini akan menjadi pementasan pertama di Istana Budaya yang kini sedang diubah suai pada Februari 2018. Enfiniti akan bekerjasama dengan pengarah muzik terkemuka, Saiful Ridzuan a.k.a. Duan of Seven Collared T-Shirt dan pereka set yang memenangi anugerah, Raja Malek, bersama pasukan produksi dan kreatif yang hebat, dan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Pembeli tiket awal bagi bagi Olabola The Musical ditawarkan pada harga istimewa RM120 untuk tiket bernilai antara RM250-RM300. Promosi ini akan berlangsung selama 3 bulan bermula 25 Mei 2017. Untuk maklumat lanjut dan butiran mengenai tiket, lawat laman web www.olabolamusical.com.