Bintang Hollywood sering dilihat bijak menggayakan aneka busana menarik saat menghadiri majlis atau acara-acara berprestij termasuklah acara tahunan Met Gala yang saban tahun mengumpulkan lebih beratus sosialit, penggiat muzik dan aktres terkemuka bagi memeriahkan majlis.
Buat yang kurang jelas, Met Gala atau nama rasminya Costume Institute Gala yang turut dikenali sebagai Met Ball ini adalah gala dianjurkan untuk mengutip dana khas bagi membiayai Institut Kostum di Metropolitan Museum of Art’s, New York.
Met Gala juga menandakan pembukaan pameran fesyen tahunan di muzium tersebut dan sebab itulah setiap seorang jemputan yang hadir ke acara ini ligat menggayakan pakaian yang pelbagai sambil berpandukan tema yang telah ditetapkan bagi tahun berkenaan.
Tema bagi pameran tahunan Institut Kostum di Metropolitan Museum of Arts dan Met Gala tahun ini adalah berdasarkan ideologi fesyen pereka kelahiran Tokyo yang mengembangkan bakat di Paris iaitu Rei Kawakubo.
Rekaannya boleh tahan eksentrik namun masih lagi mempunyai ciri-ciri versatile sekaligus bisa sahaja menarik perhatian umum dalam sekelip mata,
Untuk itu, jom lihat selebriti A-list mana yang berjaya membawakan fesyen terbaik ala Comme Des Garcons di karpet merah Met Gala 2017 pada 1 Mei lalu.
#1 Zendaya @ Dolce & Gabbana
#2 Solange Knowles @ Thom Browne
#3 Lily Rose Deep @ Chanel
#4 Ruth Negga @ Valentino
#5 Rihanna @ Comme Des Garcons
#6 Cara Delevinge @ Chanel
#7 Zoe Kravitz @ Oscar De La Renta
#8 Katy Perry @ Maison Margiela
#9 Lily Aldridge
#10 Dakota Johnson @ Gucci
#11 Laura Osnes
#12 Lily Collins @ Giambatista Valli
#13 Doutzen Kroes @ Brock Collection
#14 Hailey Baldwin @ Carolina Herrera
#15 Blake Lively @ Atelier Versace
#16 Anna Wintour @ Chanel Haute Couture
#17 Priyanka Chopra @ Ralph Lauren
Jadi, selebriti mana kamu rasa paling menyerlah di karpet merah Met Gala 2017?
Penulis suka benar dengan dress Blake Lively! ❤️