Perut, punggung, kaki, lengan boleh kata seluruh badan milik Jennifer Lopez menjadi impian setiap wanita. Badan dan wajah beliau seperti tidak dimamah usia, JLo masih kelihatan Jlo yang dahulu.
Mungkin ada diantara yang tidak tahu, JLo sudah berusia 47 tahun!
Walaupun semakin hampir menjengah umur setengah abad beliau masih lagi aktif dan bertenaga dalam setiap persembahannya. Sebenarnya apa rahsia JLo kekal awet muda? Adakah beliau mengambil supplemen makanan atau kerap klinik kecantikan?
Jawapannya…..
#1 JLo amat disiplin dalam memilih bahan untuk setiap hidangannya. Hampir semua sumber bahan mentah JLo ialah sumber organik dan tiada makanan proses.
#2 Ganti snek makanan ringan atau coklat dengan buah atau sayur-sayuran. Ia lebih membekalkan tenaga dan khasiat untuk sepanjang hari. Orang sibuk seperti JLo pun boleh bawa snek dari rumah inikan pula kita!
#3 JLo berpantang dengan tiga benda ini, alkohol, rokok dan kafein.
#4 Rahsia kulit sentiasa muda? Beliau jarang berjemur atau tidak terdedah pada sinaran matahari. Jika terpaksa, JLo akan memakai krim pelindungan matahri dengan banyak. Namun bagi JLo untuk mendapatkan kulit yang sihat, elakkan mengambil alkohol dan kafein.
#5 Tidak tetap dengan satu senaman sahaja. Nak body yang mantap seperti JLo? Anda kena berani dan kuat semangat melatih diri dengan mencuba pelbagai senaman. JLo banyak guna teknik senaman untuk lengan, perut dan pinggul.