Sebaik umur mencecah 30an, tubuh kita sudah boleh dianggap semakin lemah terutama sekali apabila ianya bersangkut paut dengan berat badan. Agak sukar sebenarnya menurunkan berat badan apabila umur mencapai angka 30.
Faktor ini terjadi kerana, kadar metobolisma tubuh sudah menjadi lemah membuatkan lemak terkumpul dalam tubuh dan sukar dihapuskan.
Oleh itu, adalah amat mustahak untuk mereka yang berada pada umur lewat 20an berjaga-jaga dalam pemakanan kerana dikhuatiri akan memberi impak kepada tubuh dan kesihatan seseorang.
Wanista senaraikan 7 amalan diet yang harus dipraktik sebelum umur mencecah 30an!
#1 Makan Secara ‘Bersih’
Nak ke arah gaya hidup yang lebih sejahtera? Sila fokus pada cara pengambilan makan anda. Elak makan makanan yang diproses seperti makanan segera, daging burger, nugget, kentang goreng dll. Ini kerana makanan yang diproses banyak mengandungi bahan yang memudaratkan tubuh. Hmm…
Benda yang sedap memang tidak baik untuk tubuh
Menurut satu kajian yang dilakukan, sebaik mereka berhenti mengambil makanan yang diproses dan banyak mengandungi kimia, tubuh mereka semakin cergas, kurang penyakit dan mendapat tidur lebih nyenyak daripada selalu. Bukan itu sahaja, kulit pun bertambah berseri, tiada jerawat dan emosi turut bertambah harmoni. Tiada lagi tekanan dan keresahan!
#2 Masak Sendiri Di Rumah
Perkara ini adalah asas kehidupan. Tanpa mengira jantina, lelaki dan perempuan harus tahu memasak sekurang-kurangnya makanan kegemaran masing-masing.
Sila berhenti menjamu selera di gerai-gerai atau kedai makan luar kerana anda tidak tahu ramuan apa yang mereka gunakan. Sudah pasti rasanya sedap, namun anda tidak tahu berapa banyak kandungan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam atau memasak sambal kegemaran anda itu. Belum cukup minyak, kuantiti garam dan gula pula? Hal ini yang akan mengundang penyakit pada diri.
Jadi, masak sahaja sendiri di rumah supaya anda hanya menggunakan ramuan yang sihat secara terkawal.
#3 Berhenti Mengunyah Buat Seketika Waktu!
Anda tak perasan, kadang-kala tabiat anda yang suka mengunyah itu adalah penyumbang besar kepada lemak dan penyakit dalam tubuh.
Pergi melawat rumah orang, anda makan… Pergi mensyuarat, anda makan… Bersantai sambil tengok televisyen, anda makan… Sambil membaca majalah, anda makan… Sambil menaip kertas kerja di pejabat, anda makan… Sambil memandu, anda makan… Jadi, macam mana berat badan tu tidak naik?
Jelas seorang pakar pemakanan,
Keadaan itu berlaku kerana anda sedang fokus kepada benda lain, tanpa menyedari sebenarnya otak anda langsung tidak berhubung dengan perbuatan makan itu tadi menyebabkan anda akan mengunyah lebih banyak sambil tangan menyuap tanpa kawalan dari otak.
Jadi, hargai waktu makan sebenar ketika bersarapan, makan tengahari dan makan malam.
Berhenti makan sembarangan dan jauhkan diri dari snek dan manisan mudah kunyah seperti coklat dan kuih-muih. Kalau hendak sekali pun, makanlah dalam kadar yang sedikit sekadar untuk merasa memuaskan keinginan. Bukan ‘melantak’ memuaskan nafsu. Gantikan buah potong dan sayur segar yang dipotong kecil sebagai snek!
#4 Kurangkan Pengambilan Gula
Satu tabiat yang paling mudah untuk dilakukan demi menjaga badan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Kalau boleh, mulai hari ini sila berhenti minum minuman berkarbonat (air bergas) seperti pepsi dan coca-cola, jus buah-buahan dalam kotak dan botol dan… no more sugar in your tea or coffee.
Chaiyok! anda pasti boleh lakukannya!
#5 Jaga Otot Tubuh
Kalau sedang berdiet, jangan pula lupa untuk bersenam. Dengan senaman, makanan dan lemak yang ada dalam tubuh akan diproses dan dikeluarkan sebagai tenaga dan peluh. Ia akan meneutralkan kembali tubuh badan sambil meningkatkan metabolisma agar badan tetap sihat dan tidak gemuk!
Kata pakar, jika seseorang sudah selalu melakukan senaman sejak umurnya masih muda, apabila sudah berumur nanti, mereka tidak akan mempunyai masalah otot. Pasti ligat bergerak kerana otot mereka sudah terbiasa dan ‘tidak malas’.
KLIK: 4 Regangan Yang Mampu Memberi Nafas Baru Kearah Waktu Pagi Yang Produktif
Lakukan senama berupa regangan untuk tingkat kesihatan otot seperti Yoga dan Tai chi.
#6 Amalkan Minum Air Putih Secara Konsisten
Dah banyak kali sebut tentang amalan minum air putih ni kan? Namun masih ada juga segelintir individu yang gagal untuk membiasakan diri dengan minum air tiga liter sehari.
Jika tubuh seseorang cukup hidrat dengan bendalir, metabolisma tubuh akan naik seterusnya membantu untuk membakar kalori pada kadar 30% lebih tinggi. Hasilnya tubuh jadi bertenaga.
KLIK: 9 Sebab Kenapa Anda Selalu Berasa Lapar Menurut Fakta Saintifik Perubatan
Kita selalu salah faham dengan menganggap lapar itu adalah tandanya tubuh membutuhkan makanan. Namun sebenarnya apa yang tubuh anda mahu adalah air. Ini kerana sebelum berasa haus, tubuh akan memberi isyarat kepada tubuh untuk berasa lapar terlebih dahulu.
#7 Jangan Simpan Makanan Kegemaran Di Rumah
Paling bahaya! Elak beli dan simpan snek kegemaran di rumah. Berhenti jadikan ais krim, maggi, keropok, jajan, minuman berperisa dan pelbagai lagi kudap-kudapan lain di rumah sebagai stok makanan dalam kabinet. Jika benar anda hendak jadi sihat dan kurus, jangan ingkar langkah ini okay?
Sebab bila umur dah mencapai 30 dan ke atas, berat badan susah turun tau! Ini serius.
Selamat beramal!