Stressnya…stress sangat sampai rasa nak terjun tingkap!
Mesti ramai diantara kita mengalami saat-saat stress. Stress dengan kerja, orang terdekat, teman lelaki tak pun stress dengan diri sendiri yang selalu sahaja stress tak kira masa. Sehingga satu tahap anda berangan ingin berada di sebuah pulau tanpa seorang manusia pun. Biar anda sahaja di pulau itu..baru lega..
Kalau dari perhatian penulis ramai yang menghilangkan stress dengan pergi bercuti. Ehem..kalau penulis lagi stress nak pergi bercuti, mana pula nak cari duit!
Sebenarnya ada banyak cara untuk anda release kan stress dengan cara yang lebih mudah tanpa mengeluarkan sesen wang pun. Percaya atau tidak, para selebriti Hollywood tidak belanja banyak pun untuk semata-mata hilangkan stress mereka.
Teruja tak? Agaknya siapa dan apalah yang mereka gunakan?
#1 Carrie Underwood, Penyanyi
Cara Carrie: Hanya memakai masker muka dan menyisip minuman wine.
Tiru : Gunakan masker pilihan Wanista seperti CAOLION Hot & Cool Pore Pack Duo dan For Beloved Girl Mineral Cloud-Silk Mask. Tukarkan wine dengan jus buahan-buahan seperti anggur atau beri.
#2 Jennifer Lopez, Penyanyi
Cara JLo: Mandian bersama kelopak bunga dan buih-buih mewah..
Tiru: Jika anda tidak mampu untuk mencari kelopak bunga mawar, gantikan sahaja dengan set mandian Be Atomic dari Sephora dan juga set lengkap rawatan mandian dari Soap & Glory Sugar Crush Simply The Zest.
#3 Shay Mitchell, Aktres
Cara Shay: Hanya rilekskan tubuh badan diatas katil dengan pakaian tidur..nak lebih seksi hanya berpakaian dalaman.
Tiru: Tak perlu membeli pakaian dalaman berjenama seperti Shay cukup anda pilih trend bra renda yang cukup selesa tanpa sebarang besi yang juga sesuai untuk tidur malam.
#4 Reese Witherspoon, Aktres
Cara Reese: Ambil masa untuk menumpukan ruang imaginasi dengan bacaan novel.
Tiru: Jika anda memang minat, ya, boleh lah mencari bahan bacaan menarik untuk dijadikan fokus baru dari memikirkan masalah-masalah stress. Pilihan lain, anda boleh menonton filem-filem menari. Wanista cadangkan 10 Filem Untuk Anda Move On!.
#5 Emma Roberts, Aktres
Cara Emma: Meluangkan masa dengan melakukan senaman yoga bagi melonggarkan ketegangan stress.
Tiru: Tak perlu bayar mahal-mahal ke kelas yoga atau gim. Ambil kasut sukan anda dan pergilah berlari atau joging di taman awam. Lakukan sedikit senaman ringan dan ringkas melalui tutorial di Youtube pun boleh puas hati!
Tak sampai beratus ringgit pun mereka diatas cari cara untuk hilangkan stress! Pilih yang cara yang paling terbaik, mudah dan berkesan untuk diri anda. Selamat mencuba sayang-sayang!