Makeup on! Baju kelas! Kasut on point! Kuku jari kaki? Hampeh…
Memang benar lah kata orang nak jadi cantik ini tidak senang dan nak mengekalkan kecantikan itu juga tidak mudah. Lagi lah orang cantik biasanya diadili dari pelbagai aspek. Hujung rambut hingga ke hujung kaki harus dijaga untuk kelihatan sempurna.
Tapi menjadi kesilapan biasa individu ialah tidak menitikberatkan sisi-sisi tersembunyi seperti kuku. Pernah tak anda berjumpa dengan seseorang yang memang elok cantik dari segi fesyen tapi bila anda melihat tangan dia saat untuk bersalaman. Spoil! Kuku jari tak terurus, kusam, panjang, pecah dan lagi teruk kekuningan.
Wanista ringaskan kepada 5 aspek mudah untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat..
#1 Pastikan kuku sentiasa bersih dan kering
Selalu lap tangan selepas mencuci pinggan mangkuk atau melakukan sebarang aktiviti berkaitan dengan air. Bakteria mudah membiak dibawah kuku anda dan jika kerap terdedah pada lembab(air) ia punca kuku pecah atau retak.
#2 Sapukan losyen atau krim tangan
Manjakan tangan dan kuku anda dengan sapuan krim tangan. Ini mengelakkan dari sebarang kekering. Sapu diseluruh tangan, telapak tangan, kuku dan juga bahagian kutikel jari.
#3 Gunakan perlindungan
Pakai sarung tangan semasa berkebun, mencuci pinggan mangkuk atau menggunakan sebarang produk kimia.
BACA: JOM AMAL PERAWATAN KUKU RINGKAS DI RUMAH!
#4 Amalkan diet yang seimbang
Ambil Vitamin E, biotin dan minyak ikan atau banyakkan makan makanan tinggi protein seperti kekacang dan ikan.
#5 Pastikan keadaan kuku sentiasa pendek, bersih dan berkilat
Jika anda mahu menyimpan kuku sedikit panjang dari biasa, pastikan ianya sentiasa dibersihkan atau pastikan ia sentiasa pendek. Bagi menghasilkan kuku yang cantik berkilat, penulis menggunakan jenama pengilat kuku Mabelo. Fungsi ia meratakan lapisan atas kuku sekaligus membuang bahagian keratin lama. Jangan lupa untuk memotong bahagian lebihan kutikel ditepi kuku.
Selamat beramal!