Garmin, pemain utama wearable technology, dengan jam tangan GPS untuk kecergasan dan aktiviti luar yang menyeluruh, memperkenalkan fēnix 5® – sebuah rangkaian baharu jam tangan GPS pelbagai guna sukan yang lasak dan padat; direka dan dicipta untuk pengembara, atlet, peminat sukan dan individu yang mementingkan prestasi.
Merupakan evolusi dari pendahulunya yang terkenal, fēnix 3; fēnix 5 terdiri daripada lima (5) model yang berlainan – fēnix 5, fēnix 5 Sapphire, fēnix 5S, fēnix 5S Sapphire, dan fēnix 5X.
Mempunyai variasi saiz sebagai sifat terasnya, model-model siri fēnix 5 direka dalam pelbagai saiz yang dibuat sesuai untuk setiap pergelangan tangan dan setiap senaman.
Setiap versi menawarkan pelbagai kemasan besi tahan karat, kombinasi tali jam tangan QuickFitTM, dan pelbagai ciri-ciri premium; semua untuk memberi pengguna rupa, prestasi dan keselesaan ringan untuk menggabungkan kedua-dua keperluan estetik dan sukan mereka.
Siri fēnix 5 dilengkapi Garmin ElevateTM, iaitu teknologi kadar degupan jantung pergelangan tangan yang memberi pengguna pemantaun kadar degupan jantung sepanjang masa, tanpa memerlukan pengikat dada.
Setiap model dilengkapkan dengan ciri-ciri latihan canggih untuk membantu mengawas bentuk dan prestasi. Peningkatan bacaan untuk Training Status dan Training Effect menunjukkan manfaat aerobik dan anaerobik senaman pengguna.
Kedua-dua fēnix 5 dan fēnix 5S akan dijual pada harga RM 2,899.00, manakala fēnix 5 Sapphire dan fēnix 5S Sapphire akan dijual pada harga RM 3,149.00. fēnix 5X, yang boleh didapati pada bulan April 2017, akan dijual pada harga RM 3,399.00.
Untuk maklumat lanjut mengenai Garmin Malaysia, sila layari www.garmin.com.my.