Gedung farmasi yang juga peruncit barangan kesihatan dan kecantikan terbesar Malaysia, Guardian, kini menawarkan pengguna dengan kualiti yang diyakini pada harga digemari menerusi penambahbaikan produk-produk di bawah jenama Guardian Corporate Brand.
Produk jenama Guardian ini merangkumi setiap aspek kehidupan daripada kelahiran, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keluarga dan warga emas. Semua produk penjagaan kulit dan badan Guardian telah diuji secara dermatologi. Ia terbukti mempunyai kualiti terbaik untuk memberi penjagaan dan keyakinan kepada para penggunanya.
Guardian telah membangunkan sistem pengurusan Tiga Langkah Kualiti demi memastikan semua produk jenama korporatnya dapat menawarkan kecemerlangan, keselamatan, kualiti serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Jenama gergasi produk kesihatan dan kecantikan ini turut memperkenalkan pelekat Recommended by The Toughest Users sebagai satu kempen yang membuktikan penambahbaikan terhadap hampir 500 produk SKU Guardian Corporate Brand. Ia merangkumi produk-produk Bayi & Kanak-Kanak, Mandian & Badan, Kertas, Kapas & Wipes, Oral & Pisau Cukur, Masker Muka dan kategori produk kesihatan.
Guardian akan menganjurkan kempen Recommended by The Toughest Users yang memberi manfaat kepada tiga profail penggunanya. Mereka terdiri daripada wanita bujang yang mempunyai citarasa tersendiri, para ibu yang bergaya dan mementingkan kualiti serta golongan lelaki yang menitikberatkan penampilan mereka.
Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda dan dapatkan katalog bulan April untuk mengetahui perincian promosi ini.