Pengunjung sebuah pusat membeli-belah di Hong Kong menjerit ketakutan apabila eskalator sepanjang 45 meter tiba-tiba berubah arah dan menarik orang ramai yang berada di atasnya jatuh secara bertindih, menghempap satu sama lain.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 18 orang telah tercedera berikutan insiden tersebut termasuk seorang lelaki yang turut dikejarkan ke hospital.
Insiden berkenaan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan berpuluh pengunjung yang beratur dan sepatutnya bergerak naik menerusi eskalator telah berundur kembali dalam sekelip mata.
Tonton Video Tragedi Eskalator Berundur Yang Dirakam CCTV
Keadaan panik itu juga secara tidak langsung membuatkan pengunjung yang berada di eskalator sebelah turut bergegas turun sebaik melihat insiden itu.
Kejadian yang berlaku di Langham Place ini disahkan berpunca daripada kerosakan eskalator.