Percaya atau tidak, aktres terkenal Hollywood Jennifer Aniston kini sudah berusia 48 tahun!
Boleh dikatakan tidak banyak perubahan pada tubuh mahupun wajah si cantik manis ini. Suka melihat penampilan Jennifer yang bersederhana walaupun dia juga diantara aktres kelas A Hollywood.
Cuba anda lihat antara gambar Jennifer sewaktu majlis Oscar 2000 dan kini…
Seperti langsung tidak dimamah usia! 17 tahun berlalu Jennifer masih kelihatan sama. Dari pelbagai sumber ini 6 senjata yang digunakan Jennifer Aniston untuk kekal awet muda.
Diet sihat dan senaman
Sumber dari majalah ELLE mendedahkan Jennifer sangat berdisiplin dalam rutin senaman dan diet hariannya. Boleh dikatakan dia benar-benar merujuk kepada menu yang hanya mempunyai diet sayuran atau salad dilengkapi protein. Dia menjalankan pemakanan rendah karbohidrat dan tinggi protein sejak tahun 90-an lagi!
Penjagaan tubuh dan wajah
Tak kira diusia muda atau tua siapa pun mahukan kulit yang bersih dan glowing bukan? Rupanya Jennifer berbelanja sebanyak GBP£ 6040 (hampir RM29,000) hanya untuk rawatan muka setiap tahun! Bukan itu sahaja, dia juga mendapatkan rawatan khas pada kaki dan kawasan leher.
Penjagaan Rambut
Perasan atau tidak, Jennifer tidak memiliki banyak stail rambut, dia kekal dengan look rambut yang lurus dan terurus. Itu semua kerana dia amat menitikberat tentang rutin penjagaan rambutnya. Untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat dia menghabiskan GBP£ 6975 (RM33,339) setahun.
Solekan
Konsep solekan yang sentiasa menjadi pilihan Jennifer ialah natural beserta lipstik berwarna nude untuk kelihatan glowing. Jangan main-main ya Jennifer hanya memilih jenama solekan seperti Chanel, Laura Mercier, Armani dan banyak lagi yang berjenama high-end.
Rawatan Tan Palsu
Disenaraikan sebagai salah satu aktres terseksi, ini semua kerana rutin rawatan fake tan yang dibuatnya menjadikan kulitnya kekal terlihat eksotik. Jennifer salah seorang pelanggan tetap Ibiza Tanning salon di West Hollywood. Dengan teknik air brush, Jennifer membelanjakan hampir GBP£ 1.924 (RM9juta) setahun!
Pembedahan Plastik
Oops! Bukanlah semua yang dimiliki oleh Jennifer bersifat semulajadi, rupanya dia pernah menjalani pemedahan plastik sebanyak dua kali untuk mendapatkan hidung yang terletak. Sekali lagi Jennifer berbelanja besar sebanyak GBP £ 20 ribu (RM96,000). Tak cukup dengan itu ada khabar angin mengatakan Jennifer ingin memasang implan payudara dengan kos sebanyak GBP£ 5 ribu (RM23,000).
Jadi apa pendapat anda dengan rahsia awet muda si jelita Jennifer Aniston ini? Adakah berbaloi atau palsu semata-mata?
Bagi penulis, dia berani untuk mengekalkan kejelitaannya kerana dia membawa nama sebagai selebriti Hollywood. Apa pun tepuk dada tanya selera..