Seperti yang kita semua tahu, pasangan waris diraja Britain yang satu ni kelihatan sangat mesra dan cocok bersama, namun ramai yang hairan mengapa tidak pernah terlihat pasangan dua sejoli ini berpegangan tangan?
Tidak kiralah di mana pun mereka berada, sama ada menghadiri acara berprestij mahupun pergi membuat lawatan kerja, susah untuk lihat mereka menonjolkan keromantiasan dihadapan khalayak walhal, tiada sebarang syarat protokol pun yang dikeluarkan bahawa pasangan diraja Britain dihalang untuk berpegangan tangan saat berdepan dengan umum.
Apakah hubungan mereka sebenarnya tengah dingin dilanda masalah? Persoalan anda itu bakal dirungkai oleh pakar etika diraja Myka Meier.
Jelas Myka, alasan yang paling munasabah mengapa mereka berkelakuan begitu adalah kerana meraka mahu menjadi profesional. “Apabila kedua suami isteri bekerja bersama, mereka lebih cenderung untuk menjadi profesional dan menjauhkan diri buat seketika waktu (dalam waktu bertugas)”.
Hmm.. mereka mungkin belajar mengamalkan etika dan sikap sebegitu menerusi gerak-gerak nenek mereka.
Robin Kermode, merupakan pakar gerak tubuh dari Syarikat Zone2.co.uk pula berkata, kebahagiaan rumah tangga tidak semestinya diukur menerusi cara dan perkara yang ditonjolkan oleh pasangan untuk tatapan semua.
Ya, memang ada jenis pasangan yang lebih gemar menjadi profesional bila berdepan dengan orang. Mereka lebih selesa berkongsi cinta dengan pasangan kala berada di rumah tanpa perlu menunjuk-nunjuk sifat romantis di depan orang lain.
“Queen Elizabeth juga jarang memegang tangan suaminya Prince Philip bila berdepan dengan umum,” tambah Robin.
“Lazimnya, figura terkenal seperti selebriti dan ahli politik yang sering menjadi perhatian netizen lebih cenderung menunjuk-nunjuk keakraban mereka dengan pasangan bila berdepan dengan media sebagai contoh; sering dipamerkan Presiden Amerika Syarikat terkini, Donald Trump,” jelasnya lagi.
Tak kisah apa yang orang hendak kata, yang penting Kate dan Putera William lebih selesa pilih untuk menyimpan sifat romantis dan keakraban mereka hanya di rumah…. Lebih sopan mungkin?
Tak pegang tangan tak semestinya tak sayang… kan?