Wah terujanya! Dengar khabar Sunway lagoon Malaysia nak buat promosi sempena sambutan Hari Kekasih yang bakal kunjung tiba 14 Februari ini.
Bawa kekasih hati nikmati pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Sunway Lagoon pada harga berbaloi-baloi!
Kempen 2 Is Better Than 1 dianjurkan Sunway Lagoon khas buat semua pengunjung dalam dan luar negara di mana dengan cara ini, kita semua boleh menghargai dan menunjukan rasa cinta pada yang tersayang, kenalan mahupun kaum keluarga.
Promosi akan berlangsung dari 10 hingga 28 Februari ini, Sunway Lagoon mengajak anda smeua untuk tampil menguji daya ketahanan mental dan fizikal untuk melakukan aktiviti lasak bersama pasangan!
Pakej 2 Is better Than 1 boleh dibeli pada harga RM240 untuk dua orang. Harga ini telah termasuk baucer makanan dan minuman yang berharga RM40 untuk dua orang serta (untuk pembelian tiket secara online) baucer photobook cover mini segi empat 6″ x 6″ yang berharga RM79 setiap satu.
Tonton Video Pengunjung Mencuba G-Force Di Sunway Lagoon
Dengan tiket berkembar bernilai RM240 itu, terdapat 3 aktiviti ekstrem yang boleh dilakukan:-
- Bungy Duo: RM130 untuk warganegara Malaysia; RM230 untuk bukan warganegara. (Harga sebenar: RM160 untuk warganegara Malaysia; RM276 untuk bukan warganegara)
- G-Force x Duo: RM50 untuk warganegara Malaysia; RM100 untuk bukan warganegara. (Harga sebenar: RM64 untuk warganegara Malaysia; RM128 untuk bukan warganegara)
- Combo Bungy + G-Force x Duo: RM170 untuk warganegara Malaysia; RM280 untuk bukan warganegara. (Harga sebenar: RM202 untuk warganegara Malaysia; RM320 untuk bukan warganegara)
Tonton Video Pengunjung Mencuba Bungy Jump Di Sunway Lagoon
https://www.youtube.com/watch?v=HjvPEYN52ro
Inilah masanya untuk anda kecapi #relationshipgoals yang diharapkan!
Untuk buat tempahan secara online, sila klik [misc.sunway.com.my/onlineticketing] atau lawat laman Facebook rasmi Sunway Lagoon Malaysia di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia untuk sebarang makluman atau perkembangan terkini.