Coklat, bunga, teddy bear untuk Hari Kekasih yang jatuh pada 14 Februari semestinya sudah biasa. Apa kata tahun ini berikan sesuatu yang berbeza pula, seperti produk kecantikan untuk si dia tersayang? Mungkin anda kaum adam boleh kejutkan si dia dengan himpunan gincu bibir, iyelah kita sedia maklum kaum wanita mana boleh keluar rumah tanpa secalit gincu di bibir.
Satu lagi berita best adalah kesemua himpunan gincu bibir yang Wanista senaraikan ini boleh anda dapatkan secara eksklusif di Sephora.
Jadi, ceriakan orang tersayang dengan hadiah istimewa ini. Dengan packaging cantik yang dipenuhi warna pink dan merah, rasanya tak ada yang dapat menolak koleksi mekap ini.
#1 Nudestix Magnetic Matte Lip Color
Nudestix Magnetic Matte Lip Color memudahkan anda dengan kelebihannya 3-in-1 sebagai lip color, lip liner dan lip stain. Tekstur seperti tatu, berpigmen ringan seperti gincu cecair dan mudah untuk digunakan serta boleh tahan sepanjang hari.
#2 Tarte Quick Dry Matte Lip Paint
Sifatnya yang cepat kering tetapi tidak membuatkan bibir merekah, full coverage dan menawarkan 20 pilihan warna terkini yang membuatkan penampilan anda bertambah menawan.
#3 Moonshot Lip Feat.
Apa yang menarik tentang koleksi Lip Feat. ini adalah moonshot memilih kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose sebagai muse. Lip Feat. menawarkan 15 warna eksklusif yang sempurna untuk kaum wanita. Bahkan koleksi ini mampu memberi kelembapan dan penghidratan secukupnya bila dipakai sepanjang hari.
#4 Too Faced Sweet Peach Creamy Lip Oil
Too Faced Peach Lip Oil bukan sahaja memberi kelembapan pada bibir malah membuatkan bibir anda berkilat dengan hanya satu calitan sahaja. Bukan itu sahaja, terdiri daripada kandungan bahan seperti esen buah peach, minyak kelapa dan vitamin E, membuatkan bibir anda bukan sahaja cantik malah sihat.
Cantikkan semua koleksi gincu bibir ini? Anda boleh dapatkan di Sephora sekarang!
Semoga si dia gembira dengan kejutan yang anda lakukan ini..