Rejoice untuk pencinta mekap!
moonshot, satu jenama kosmetik Korea yang merupakan anak syarikat YG Entertainment telah melancarkan koleksi gincu bibir Lip Feat. kini sudah tiba di Sephora.
Menariknya, untuk koleksi Lip Feat. ini, moonshot memilih kumpulan Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Lisa dan Rose sebagai muse. Bahkan setiap koleksinya mewakili personaliti unik dan ciri-ciri yang diilhamkan oleh empat genre muzik iaitu Electronic, Hip Hop, Modern Rock dan Acoustic.
moonshot Lip Feat. menawarkan 15 warna eksklusif sekaligus memberi peluang untuk semua beauty junkies memilih warna yang sempurna untuk mereka. Julat diperbuat daripada 9 gincu semi-matte dengan kemasan berkilat semula jadi dan 6 gincu matte dengan kemasan kesan penuh.
Bukan sahaja ianya cantik terletak dipakai malahan gincu bibir ini mampu memberi kelembapan dan penghidratan secukupnya. Jadi, bibir anda langsung tidak mengalami kerosakan apabila memakainya.
moonshot Lip Feat. boleh didapati secara eksklusif di semua butik Sephora Singapura dan Malaysia.