Siapa lah yang tidak mahu kekal muda sepanjang zaman kan? Namun, meniti dari tahun ke tahun pasti umur juga makin meningkat dan tanda-tanda penuaan juga muncul.
Tiada siapa juga yang mampu menolak realiti kehidupan ini, tapi sebenarnya kita mampu kelihatan ‘muda’ jika mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan dan juga terapkan aura positif didalam diri. Jika dimulakan dari dalam, pasti terserlah dari luar juga.
Sukar untuk percaya, pada usia emas untuk kelihatan segak bergaya seperti orang muda. Nah, Wanista sediakan 10 warga emas yang serius kelihatan muda dan seksi sepanjang masa. Inilah masanya untuk anda mengambil contoh jiwa muda mereka dan yang paling penting sifat keyakinan yang ditampilkan!
#1 Philippe Dumas, 60 tahun
Bukanlah dari model berpengalaman, namun Philippe yang berusia 60 tahun ini telah dipanggil menjadi model untuk beberapa jenama pakaian gara-gara penampilan kacak yang memikat mata memandang. Kalau dibuang jambang dan janggut lebatnya, Wanista rasa Philippe lagi kelihatan 30 tahun muda dari usia sebenar. Nak tengok lagi gambar handsome beliau boleh ke laman Instagram @dumphil.
#2 Deshun Wang, 81 tahun
Ingat lagi tak kisah atuk berumur 80 tahun menjadi model pentas peragaan fesyen? Deshun Wang merupakan pelakon berasal dari China, nama beliau mula menjadi bualan ramai setelah membuat debut pertama berjalan pertunjukan fesyen. Lihat sahajalah tubuh beliau yang masih tegap dan lagak gayanya tidak seperti orang yang berusia 80 tahun!
#3 Aiden Brady, 50 tahun
Tua-tua pun laku! Inilah Aiden Brady yang sudah menjejak usia 50 tahun tetapi kian sibuk dengan kerjaya modelling. Berambut ikal mayang dan berjambang menjadikan Aiden kelihatan seksi, walaupun kelabu uban mewarnai rambutnya tapi tiada rasa malu malah Aiden kelihatan bangga menjadikannya sebagai aset. Pengikut Instagram beliau di @mr_aidenbrady kini mencecah 59 ribu!
#4 Irvin Randle, 54 tahun
Gemar berselfie dan fesyen juga tidak pernah ketinggalan, itu yang biasa dapat dilihat di Instagram @irvinrandle milik Irvin Randle, pak cik yang telah berusia 54 tahun. Setiap gambar yang dimuat naik kalah orang muda berselfie dan beliau juga gemar menampilkan fesyen hipster. (BACA: Lelaki 50-an Bergaya Hispter Jadi Inspirasi!) Rasanya boleh dah teman lelaki anda tiru wardrobe pak cik Irvin!
#5 Shan Michael Hefley, 54 tahun
Anda muda tapi berperut buncit? Sila malu kan diri anda dengan melihat gambar-gambar sasa milik pak cik Shan Michael Hefly di Instagram @fit1962a . Memang tidak siapa boleh jangka kemampuan lelaki berusia 54 tahun ini mengubah struktur otot badannya kalah anak muda. Sekali pandang tak macam orang umur 50 pun…
#6 Anthony Varecchia, 53 tahun
Lagi pak cik berbadan sasa! Anthony kini menetap di bandar New York sibuk dengan kerjaya sebagai duta pelbagai jenama. Dah tua pun boleh jadi model pakaian orang muda, biasanya jadi produk kesihatan sahaja. Anthony gemar mengayakan t-shirt, jeans dan tali pinggang sebagai pelengkap gaya harian. Nampak ragged tau!
#7 Ron Jack Foley, 50 tahun
Wanista cemburu dengan rambut milik Ron yang panjang mengurai dan elok terletak. Pak cik yang berasal dari Kanada ini, tidak pernah gagal menayangkan jiwa muda beliau. Kalau anda lihat gambar-gambar Instagram @to_ron_to Ron sibuk dengan aktiviti lasak dan menyertai pelbagai aktiviti sosial. Chop! Kalau dah handsome macam ini, memang jadi model lah jawabnya.
#8 Gianluca Vacchi, 50 tahun
Wanista tahu kenapa Gianluca kelihatan awet muda, sebab beliau sentiasa tersenyum girang. Mengekalkan aura positif dari senyum dan sentiasa memastikan apa yang sahaja beliau lakukan kelihatan menyeronokkan. Kalau anda rajin intai Instagram @gianlucavacchi setiap gambar miliknya tak pernah lekang dari senyuman.
#9 Eric Rutherford, 49 tahun
Memang tak masuk akal kan umur dah dekat 50 tahun nampak macam 30! Eric bekerja sebagai editor sebuah majalah dan juga model. Lihatlah wajak tipikal kacak beliau memang layak jadi model walaupun umur sudah jejak 50-an. Penulis tidak pasti sama ada beliau masih sendiri atau sudah berpunya, nak korek rahsia lebih boleh tengok Instagram beliau di @mr.rutherford.
#10 Alessandro Manfredini, 48 tahun
Berasal dari Itali, penampilan Alessandro sedikit berbeza dari yang lain iaitu warna rambut dan jambangnya kalau boleh putih umpama salju. Aktif di laman Instagram @alessandro_manfredini , beliau kini mempunyai lebih 241 ribu pengikut! Walaubagaimanapun beliau tidak banyak berkongsi gambar peribadi tapi lebih kepada gambar fotografi beliau sebagai model.
Jadi yang mana anda rasa masih layak untuk dijadikan sebagai teman lelaki anda? 😛