Diumumkan, kadar purata tarif semasa elektrik untuk pengguna Semenanjung, Sabah dan labuan kekal pada harga yang sama dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun hadapan.
Kenyataan itu disahkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengguna tidak perlu membayar bil elektrik tinggi andai rakyat mengekalkan had penggunaan yang sama.
“Kerajaan turut bersetuju melepaskan penjimatan daripada mekanisme Pemindahan Ketidakseimbangan Kos (ICPT) sebanyak RM766.33 juta melalui rebat tarif elektrik, iaitu 1.52 sen per kiloWatt jam (kW/j) di Semenanjung, namun tertakluk kepada penggunaan elektrik 300 kW/j dan ke bawah.
“Sabah dan Labuan juga diberi rebat sebanyak 1.20 sen kW/j kepada pengguna dalam kategori yang sama,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Jumlah keseluruhan rebat bil elektrik dinikmati pengguna di Semenanjung adalah RM4.099 bilion manakala Sabah sebanyak RM126.26 juta yang diberikan kerajaan dari 1 Mac 2015 hingga 30 Jun, tahun depan.