Goblin: The Great and Lonely God sedang trending bukan sahaja di Korea Selatan malah negara serantau Asia yang lain.
Menurut Good Data Corporation, siri terbaru TVN ini mencapai populariti lebih cepat daripada Descendants of The Sun. Data tersebut menunjukkan respon netizen dari sumber berita, blog, laman kominiti, media sosial dan video yang mendedahkan bahawa Goblin: The Great and Lonely God menjaringkan mata 12,500 dalam kedudukan drama TV hanya satu minggu siaran. Sedangkan DOTS mengambil lima minggu untuk mencapai sejumlah nombor itu. Hujung minggu lalu sahaja, Goblin mencapai jaringan dua kali ganda daripada DOTS. Wahhh hebat!
Untuk pengetahuan anda, siri ini juga ditulis oleh Kim Eun Sook dan diarahkan oleh Lee Eung Bok, perancang utama di sebalik drama yang medapat pujian ramai, Descendants of the Sun.
Sinopsis
Kelainan yang diberi kali ini, Goblin menjanjikan peminat drama Korea sebuah siri romantik yang berlatar dunia fantasi hari ini. Jalan ceritanya menjejak Goblin (Gong Yoo), seorang orang tua yang kacak dan bosan dengan kehidupan abadinya. Satu-satunya cara untuk menamatkan riwayatnya adalah dengan mencari ‘pengantin goblin’, maka membawanya kepada perjumpaan Euntak (Kim Go Eun), wanita yang dia telah jatuh cinta.
Kisah cinta mereka, seperti kisah cinta hebat yang lain, penuh dengan ranjau dan duri apabila diketahui Euntak sebenarnya sedang melarikan diri daripada Malaikat Maut bernama Reaper (Lee Dong Wook). Reaper, ditugaskan untuk membunuh Euntak, kemudiannya bertemu dengan Sunny (Yoo In Na) seorang jelitawan yang mana beliau pula menaruh hati. Plot cerita memuncak apabila penonton mendapati Goblin dan Reaper berkongsi bilik, menjerumuskan kedua-duanya ke kancah yang begitu rumit, dengan mereka harus bergelut antara perasaan dengan tanggungjawab.
Jadi, yang mana satu pilihan anda, Goblin atau DOTS?