Thomas Town, Puteri Harbour, dengan kerjasama Mattel Asia Tenggara mempersembahkan siri terakhir Thomas & Friends™ Mini & Mighty Malaysia Tour 2016 di Johor! Sehingga 7 Januari, orang ramai berpeluang mengunjungi Thomas Town dan mengalami sendiri keriangan yang menakjubkan dan tidak dapat dilupakan hanyadi Thomas Town, Puteri Harbour.
Dilancarkan pada bulan April, Jelajah seluruh negara ini telah bermula di Petaling Jaya sebelum ke di Melaka dan di Pulau Pinang. Jelajah ini akan berakhir di Thomas Town, Puteri Harbour dan akan berada di situ untuk tempoh tujuh minggu! Jelajah ini turut menampilkan pameran istimewa Enjin MINIS Thomas & Friends setinggi satu meter dan memberi peluang kepada para peminat cilik untuk melihat sendiri enjin kegemaran mereka sekaligus memperoleh pengalaman menakjubkan di Thomas Town, Puteri Harbour!
Pameran 70 enjin MINIS Thomas & Friends menjanjikan keseronokan berganda kepada para peminatnya – dihasilkan berdasarkan siri televisyen popular Thomas & Friends, antara 70 enjin MINIS tersebut termasuklah watak-watak utama seperti Thomas, Percy, James dan Gordon. Selain itu, terdapat juga pameran enjin MINIS dengan tema menarik termasuk Dino, Wira, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan Metallic.
Tarikan istimewa lain yang menanti penghujung di hentian terakhir jelajah ini termasuklah Sodor Island Maze Challenge dan Thomas Town Trivia Game yang boleh disertai oleh seisi keluarga sebelum memasuki taman tema. Bukan itu sahaja, pengunjung cilik juga boleh berseronok di Thomas Bouncy Castle apabila mereka membeli dua atau lebih tiket taman tema atau gabungan pembelian minimum sebanyak RM200 di mana-mana gedung atau hotel di Puteri Harbour.
Kepada penghujung taman tema, aktiviti-aktiviti istimewa sepertiStory Telling Sessions, Thomas Town Track Challenge dan juga persembahan ‘Sodor Surprise’ yang dilancarkan baru-baru ini menanti pengunjung. Dalam persembahan ini, pengunjung kanak-kanak boleh ‘membantu’ Driver Sam merancang parti kejutan untuk Thomas, sambil berhibur dengan lagu-lagu yang menyeronokkan!
Para keluarga yang sedang merancang percutian sempena cuti sekolah kini boleh menikmati promosi istimewa sebanyak 20 peratus diskaun untuk Pas All Park dengan menunjukkan risalah promosi di Kaunter Tiket Taman Tema Puteri Harbour.
Sebagai tambahan kepada kesemua aktivti di Thomas Town, Puteri Harbour, para pengunjung juga boleh menikmati lebih banyak aktiviti cuti sekolah hujung tahun menerusi program Celebrate Family Fun Time @ Puteri Harbour bermula dari 26 November hingga 1 Januari 2017! Antara aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan ialah Snow Fall @ Centre Court dan bazar jalanan Christmas Port of Call pada setiap hujung minggu. Terdapat juga Bengkel untuk Kraftangan Krismas, origami dan seni pasir dan juga penampilan istimewa Santa Claus dan Santarina pada Malam Krismas dan Hari Krismas!*
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Thomas Town, Puteri Harbour dan Mini & Mighty Malaysia Tour 2016, sila layari www.puteriharbour.com/play/thomas-town.