Vietjet mengumumkan pembukaan jualan tiket penerbangan bagi laluan baharu Hanoi-Busan yang dijangka bermula pada 16 Disember 2016. Laluan ini akan beroperasi secara harian (kecuali Khamis) dengan tempoh penerbangan selama empat jam tiga puluh minit sehala.
Penerbangan akan berlepas dari Hanoi pada pukul 1:00am dan mendarat di Busan pada pukul 7:00am (waktu tempatan). Penerbangan pulang berlepas dari Busan pada pukul 8:00am (waktu tempatan) dan tiba di Hanoi pada 11:05am
Dalam sambutan ke atas laluan baharu tersebut, Vietjet akan memberikan 200,000 tiket promosi berharga daripada $0.00 (tertakluk kepada terma dan syarat) bagi penempahan menerusi dalam talian di www.vietjetair.com dari 16–18 November 2016 di bawah kempen “It’s time to Vietjet”.
Promosi ini terpakai bagi semua laluan antarabangsa dari Vietnam ke Busan, Seoul, Hong Kong, Kaohsiung, Taipei, Tainan, dan Taichung. Tempoh perjalanan adalah antara 1 Disember 2016 hingga 31 Disember 2017 (tidak termasuk cuti umum) dengan pengecualian terhadap laluan terpilih merangkumi Hanoi–Busan (bakal bermula 16 disember 2016); Ho Chi Minh City – Hong Kong (bakal bermula 9 Disember 2016); Ho Chi Minh City – Kaohsiung dan Hai Phong – Seoul (bakal bermula 12 Disember 2016) dan Ho Chi Minh City – Taichung (bakal bermula 15 Januari 2017).
Tiket boleh ditempah di www.vietjetair.com (juga boleh dicapai menerusi telefon pintar di https://m.vietjetair.com) atau www.facebook.com/vietjetvietnam (hanya klik butang “Booking”).