Setiap gadis adalah berbeza, namun di dalam sifat semula jadi mereka yang ayu dan pemalu, terdapat juga semangat yang membara untuk mengecapi impian mereka dan inilah antara karakter-karakter unik yang akan menentukan siapakah mereka pada masa hadapan. Cuba bayangkan, jika kekuatan dalaman ini dipadankan dengan peluang yang cerah, bukankah ia akan melahirkan wanita yang berpendidikan serta berkemahiran untuk negara kita ?
Nivea KejarKerja Apprenticeship Program merupakan usahasama antara FORWARD dan NIVEA bagi menyediakan platform dan memberikan peluang kepada para gadis ini untuk mencari dan meningkatkan kemahiran dan personaliti diri mereka serta meraih kerjaya dalam pelbagai industri kreatif di Malaysia. Projek ini juga diperkukuhkan dengan WOMEN:girls yang akan membantu kita untuk meyasarkan kumpulan pelatih khusus bagi tujuan pelaksanaan projek ini.
Program ini menyasarkan gadis seawal usia 18 tahun yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Projek ini menyediakan laluan yang lebih baik untuk mereka ceburi dalam bidang industri kreatif yang digemari, pada masa yang sama, projek ini akan membantu merapatkan jurang kemahiran kritikal serta bakat di Malaysia. Gadis-gadis ini akan dibimbing oleh individu-individu terkenal seperti Che Adu dari The Canteen, Boryeong Mud Facial Spa @ Nu Sentral, Baba Can Cook dari Limapulo, Project B, Souka Bakes, serta penasihat terbaik NIVEA. Program ini turut dibimbing oleh nama-nama terkemuka seperti Christopher Ling dan Firdaus Nisha, yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang mereka sendiri agar dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan terhadap kejayaan ini.
Kerjasama antara NIVEA dan FORWARD telah menyasarkan sehingga 350 orang gadis di lebih daripada lima lokasi untuk fasa pertama perekrutan selama tempoh sepuluh hari. Fasa orientasi akan melibatkan perantis yang telah disenarai pendekkan dan mereka akan dilatih dengan asas-asas kerja oleh pembimbing pilihan mereka di kem latihan bagi program ini.
Pada 26 September 2016, tujuh perantis yang berjaya diperkenalkan didalam majlis bersama media iaitu “Apprentice Announcement Ceremony” bagi mengumumkan kejayaan mereka untuk mendaftarkan diri dalam program perantis ini. Nivea KejarKerja Apprenticeship Program meliputi penilaian mingguan oleh mentor dengan proses dokumentasi melalui video perjalanan mereka dan testimoni daripada mentor mereka. Setiap perantis akan diberikan elaun RM 250 setiap minggu sepanjang tempoh perantis. Pada minggu terakhir Nivea KejarKerja Apprenticeship Program, perantis yang berjaya disalurkan kepada tawaran kerja bersesuaian, serta memulakan peluang pekerjaan mereka dalam organisasi berikut.