Hari perkahwinan adalah momen paling indah buat anda dan sudah pasti anda ingin tampil serba sempurna. Bila bicara tentang ini, sudah pasti gaun kahwin cantik sudah terbayang di minda.
Adakah gaun bak Angelina Jolie dengan cetakan kartun, panjang menjela seperti Kate Middleton ataupun klasik persis Grace Kelly jadi pilihan? Semuanya tepuk dada tanya selera asalkan sesuai di badan. Ataupun ada yang berani untuk mencuba kelainan pada gaun kahwin mereka, sesuatu yang luar dari kotak kebiasaan?
Jika anda bosan dengan warna putih untuk gaun kahwin, anda boleh cuba cara ini, iaitu celupkan gaun kahwin ke dalam beberapa pewarna, seperti dalam gambar yang Wanista kongsikan ini. Nampak meriahkan?
Trend dip dye untuk gaun kahwin ini bukan sahaja memberi sentuhan warna-warni, ia juga menyelesaikan satu masalah utama yang dihadapi oleh ramai pengantin.
Ya, kita mungkin pernah melihat bagaimana kotornya gaun kahwin tatkala berjalan ke pelamin, dengan permukaan jalan yang tidak rata, ada jalan yang tidak bertar dan pelbagai lagi menyebabkan bahagian bawah gaun kahwin agak sedikit sadis. Jadi, ini mungkin satu alasan yang sangat praktikal untuk anda mengubah penampilan.
Bunyi agak rumit? Nah, tiada yang mustahil.
#1
#2
#3
#4
#5
#6
#7
#8
#9