Telah 59 tahun kita mendapat kemerdekaan, sejak pemerintahan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.
Tepat jam 12 tengah malam, tanggal 31 Ogos 1957, bendera Union Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya diiringi lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang turut sama menyaksikan upacara dengan penuh semangat.
Semenjak peristiwa bersejarah itu, setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka tidak kira apa jua cuaca bagi mengingati hari bersejarah ini.
Berkonsepkan semangat patriotik negara Malaysia, rata-rata semua sekolah akan turut meraikan hari ynag penuh bersejarah ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti melibatkan para pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah untuk sama-sama memperingati tarikh keramat tersebut dmi menanam semangat patriotik dalam diri setiap individu.
Sehingga kini, meskipun peredaran masa telah banyak membawa kita ke alam yang serba-serbi moden, adalah amat penting untuk kita mengetepikan sedikit masa bagi mengenang dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Menyedari tentang pentingnya sejarah kemerdekaan negara Malaysia, AkzoNobel ingin memainkan peranannya bagi menghidupkan semula sejarah berharga negara ini melalui jenama cat nombor satu, Dulux.
Dulux sentiasa komited untuk bukan sahaja membawa perubahan kepada kediaman individu malah membangkitkan aura patriotisma demi mengubahh persepsi masyarakat tentang kemerdekaan negara. Salah satu inisiatif yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasakan semangat kemerdekaan dalam diri masyarakat adalah melalui rekaan mural.
Institusi seperti sekolah dan IPT terutamanya harus memainkan peranan penting dalam menjadi penyebar pertama kerana semuanya perlu bermula sedari awal sebelum semuanya terlambat.
Mural yang dilakar pada dingding polos, disertai pelbagai warna dan corak bukan sekadar lukisan biasa, ia juga harus disisipkan dengan mesej bermakna supaya bisa memberi impak positif kepada sesiapa yang melihat. Justeru, pemilihan susun atur kata yang bertepatan amatlah mustahak.
Apa yang lebih menarik, selain bisa menyampaikan mesej kemerdekaan yang lumayan kepada umum, aktiviti melukis mural itu sendiri juga dapat mengeratkan ukuwah persaudaraan sesama masyarakat tanpa melihat perbezaan warna kulit, agama mahupun status sekaligus lukisan mural berkenaan dapat menceriakan ruangan yang sebelumnya kelam menjadi lebih meriah.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.dulux.com.my