11street bekerjasama dengan Domino Pizza Malaysia dengan menawarkan promosi “Buy 1, Get 1 Free Pizza” bermula 1 September melalui beberapa klik dari hujung jari sahaja.
Apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan membuat tempahan di 11street, selepas itu kod dihasilkan dan dihantar melalui email pembeli. Mereka kemudiannya boleh log masuk ke dalam laman web Domino Pizza Malaysia untuk membuat pembelian pizza dan menebus pizza percuma.
Promosi ini berlangsung selama satu bulan, dari 1 September hingga 30 September. Sementara itu, kod baucer adalah sah untuk penebusan di laman web Domino Pizza Malaysia dari 1 September hingga 7 Oktober.
Bukan itu sahaja, dari 1 Oktober hingga 31 Disember, pengguna yang membeli side order Domino Fabulous Four di mana-mana 164 cawangan Domino Pizza di seluruh negara, akan menerima baucar 11street bernilai RM11. Domino Fabulous Four adalah side order yang sempurna untuk pesanan pizza, terdiri daripada pelbagai manisan yang berperisa.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran, sila layari www.11street.my atau Domino Pizza Malaysia di www.dominos.com.my.