Tengok hidung Aishwarya Rai, Deepika Padukone, Kendall Jenner, Amber Heard – semuanya nampak cantik mancung terletak. Jealous sebab anda pun nak hidung mancung sebegitu. Perempuan lazimnya selalu sahaja berasa tidak yakin dengan penampilan diri, lebih-lebih lagi apabila bercakap tentang bahagian-bahagian tertentu di wajah. Ada sahaja yang tidak puas hati.
Terdapat satu cara untuk mendapatkan hidung mancung impian tanpa melakukan sebarang pembedahan.
Bibico, sebuah syarikat yang berpangkalan di Tokyo, bertanggungjawab untuk mereka bentuk “Hanaputti” atau “Petite Nose”. Produk ini mampu menjadikan hidung lebih tinggi dan mancung tanpa perlu melakukan pembedahan plastik.
Kesan hidung jambatan tinggi dapat dilakukan dengan memasukkan alatan yang dibuat dari getah ke dalam rongga hidung.
Beberapa pelanggan menggunakan alatan hidung kecil molek untuk memiliki hidung persis watak-watak dalam anime.
Hidung Hanaputti boleh didapati dalam saiz kecil dan sederhana. Dua kotak berharga kira-kira ¥1620 atau kira-kira $16 (boleh dapatkan di sini – website)