Balet merupakan bentuk tarian formal yang berasal dari Istana era Renaissance Itali, yang kemudiannya berkembang selanjutkan di Perancis dan Rusia sebagai bentuk tarian konsert.
Ia merupakan tarian berbentuk amat teknikal dengan kosa katanya tersendiri. Ia berpengaruh sebagai bentuk tarian seluruh dunia dan diajar di sekolah tarian seluruh dunia yang menggunakan kebudayaan dan masyarakat mereka sendiri bagi memodenkan seni ini.
Tarian balet direka tari, dan termasuk membuat mimos, berlakon, dan menurut muzik balet – biasanya orkestra tetapi kadangkala menurut penyanyi. Ia paling dikenali dalam bentuk balet klasik, terkenal kerana tekniknya, seperti “en pointe” dan berputar pada hujung ibu jari kaki, lemah gemalai, gerakan tepat dan licin.
Beberapa bulan yang lalu Omar Roble, jurugambar yang berpusat di NYC memaparkan gambar-gambar menakjubkan penari ballet di jalanan di Cuba. Sekarang dia kembali dengan satu lagi koleksi memukau penari balet berlatih di sekitar jalanan di New York City.
Jurugambar berasal di Puerto Rico yang mempunyai lebih 200K pengikut di Instagram bekerjasama dengan penari dari American Ballet Theatre dan The Dance Theatre of Harlem untuk mewujudkan potret jalanan yang menakjubkan dalam gerakan. Berlatar belakangkan bandar New York, tenang yang menenangkan dan keanggunan rakyatnya mewujudkan kontras yang sempurna dengan hiruk-pikuk kehidupan sehari-hari di bandar yang tidak pernah tidur.
Melihat koleksi gambar ini sahaja cukup untuk membuktikan bahawa balet adalah sejenis sukan yang agung. Anda setuju?