Usaikan kebosanan waktu mandi anak anda dengan perkakas menarik yang direka khas untuk kegunaan dan keseronokan waktu mandi bayi dan kanak-kanak!
Moby Smart Sling 3-Stage Tub (RM249)
Besen mandi versatile ini boleh digunakan bayi dalam tempoh 3 peringkat tumbesaran mereka. Besen ini boleh dilaras mengikut kesesuaian usia bayi, boleh dibaringkan mahupun didudukan.
Rekaan unik ini dilengkapi tempat duduk khas yang kemudiannya boleh ditanggalkan bagi kegunaan bayi berumur 6 bulan ke atas setelah mereka sudah mampu untuk duduk dengan selesa.
Moby Warm-Up Bath Cozy (RM59.90)
Sarung badan ini direka khas untuk kegunaan bayi apabila mereka berendam dalam suhu air yang sejuk. Ia akan bertindak seperti baju panas.
Ibu bapa perlu merendamkannya di dalam air suam terlebih dahulu sebelum menyarungkannya ke badan bayi. Apabila kain istimewa tersebut telah berubah warna menjadi biru, bermaksud kain tersebut telah sejuk dan sedia untuk direndam di dalam air suam kembali.
Kini anak anda boleh nikmati waktu mandi secara selesa tanpa perlu merisaukan tentang suhu air yang mungkin menyakiti kulit bayi.
Moby Waterfall Bath Rinser (RM44.90)
Alangkah seronoknya waktu mandi anak anda apabila ditemani gayung yang bisa mencurahkan air secara menyeluruh!
Moby Bath Thermometer (RM99)
Termometer kalis air ini pula bisa membantu anda untuk mengawal suhu air supaya air tidak terlalu sejuk dan tidak juga terlalu panas supaya kulit anak anda terpelihara dari lecuran. Ia juga boleh dilekapkan ke dinding! Mudah untuk disimpan dan dicapai setiap kali ingin menggunakannya.
Moby Bath Mat (RM99)
Risaukan keselamatan anak anda di dalam bilik mandi? Manfaatkan tikar getah anti-gelincir ini yang bukan hanya boleh diletakkan di atas lantai, malah boleh ditempatkan pada bahagian tapak besen mandi atau tab mandi anak anda.
Scoop & Store Bath Basket (RM119)
Anak anda gemar bermain dengan permainannya di dalam tab mandi? Tak perlu runsing lagi. Anda boleh dapatkan bakul yang bermotif ceria ini untuk mengaut serta menyimpan permainan serta perkakas mandi anak anda setelah selesai waktu mandi nanti.
Bukan itu sahaja, ia boleh dilekapkan ke dinding bilik mandi untuk memudahkan anda dan anak anda mencapai barangan yang disimpan di dalam bakul bermotif ikan tersebut.
Sila layari bloomandgrowasia.com untuk mengetahui senarai para pengedar barangan di seluruh Malaysia.