Menggabungkan elemen warisan yang diselit dengan gaya moden, koleksi musim Luruh 2016 khas untuk wanita dari jenama Polo Ralph Lauren ternyata sofistikated, menerbitkan suatu aura yang sensasi.
Sangat versatile, kesemua helaian yang tergolongan dalam rekaan terkini dari Polo Ralph Lauren adalah sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa sepanjang musim sejuk yang akan datang. dari seluar, jaket, kot, kemeja, baju sejuk, dress pendek berpotongan longgar serta skirt, rata-ratanya memanfaatkan fabrik kapas dan baldu bermutu, diserikan pula dengan karakter bertekstur serdehana menjadikan koleksi ini lebih mewah.
Tambahan, palet warna yang digunakan adalah berciri alam semula jadi yang terdiri dari manfaat rina kelabu, coklat perang, hitam dan hijau lumut. Terdapat juga rekaan yang diterapkan dengan gaya ala rock and roll dengan penggunaan perincian rambu-ramba serta warna metalik ke atas jaket kasual yang bisa dipadankan dengan dress polos mahupun seluar denim jenis skinny.
Apa yang menarik, polo sering menerapkan elemen maskulin ke dalam koleksi wanita bagi merembeskan aura korporat yang kelihatan mewah. Helaian three -piece untuk gaya pejabat yang cuba diketengahkan oleh Polo amat sesuai untuk wanita berkejaya yang sentiasa ingin tampil berkeyakinan.
Gadis serta wanita yang sentiasa menghadiri kelas-kelas di gim pula tidak ketinggalan untuk menggayakan koleksi Polo Sport yang bukan sahaja selesa, malah rekaannya lebih berketerampilan seiring dengan dunia fesyen masa kini.
Butik Polo Ralph Lauren boleh ditemui di Pavillion Kuala Lumpur, Suria KLCC dan Isetan Gardens Mid-Valley City.