National Geographic Channel (Astro saluran 553 / 575 HD) dengan berbesar hati menerbitkan beberapa buah siri dokumentari istimewa mengenai warisan dan kebudayaan kaum minoriti di Malaysia iaitu kaum peranakan.
Di Malaysia sendiri, revolusi kaum Peranakan bermula apabila migrasi dari Cina dan India yang datang ke Melaka sekitar awal abad ke-15 dahulu sekaligus mengahwini gadis-gadis tempatan, ini adalah termasuk di daerah Pulau Pinang dan juga Singapura. Perkataan ‘Perankan’ itu hadir dari perkataan Melayu yang bermaksud ‘anak’ atau ‘dilahirkan dalam negara’.
Sering kali disapa dengan gelaran masyarakat Baba Nyonya, komuniti unik ini sering terkenal dengan keistimewaan budayanya yang penuh dengan kesenian unik.
Kebudayaan Peranakan sering diukur melalui masakan, pakaian, barang perhiasan diri seperti emas dan aksesori serta seni bina penempatannya. Kesemua elemen ini adalah bernilai, dilihat sebagai suatu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dek kerana keagungannya. Bahkan, sesetengahnya masih mengamalkan dan mengekalkan cara hidup yang sama seperti nenek moyang mereka terdahulu.
Terdapat tiga buah siri yang diperkenalkan menerusi “A Peranakan Heritage” termasuklah:-
1. “Portraits of the Peranakan”, with Sherman Ong (Bermula 20 Julai)
Sebuah siri yang terdiri dari 5 episod istimewa -bakal mengetengahkan peranan Sherman Ong, seorang jurugambar dan pembikin filem terkemuka dalam pengembaraannya ke serata Asia Tenggara untuk mendalami serta merakam detik-detik serta elemen terindah kaum Peranakan menerusi lensa kameranya.
2. “In Search of the Straits Born, With Julian Davison” (Rabu, 27 Julai, 10:00pm)
Jualian Davison akan membawa penonton ke satu alam menarik untuk memahami sejarah serta kebudayaan kaum Peranakan dari perspektif ahli antropologi secara terperinci.
3. “Gok’s Chinese Takeaway – Malacca, Malaysia” (Rabu, 3 Ogos, 10:00pm)
Penata gaya British, seorang pengacara televisyen dan penulis buku masakan hidangan Cina, Gok Wan akan meneroka keindahan masakan dan hidangan menarik di Malaysia, memfokuskan resepi turun-temurun istimewa kaum Perankan sejak lebih 500 tahun dahulu.