Mengapa anda mahukan ais krim apabila anda boleh dapatkan durian? Jom #GrabDurian kembali lagi untuk memenuhi keinginan anda!
Siapa tidak sukakan durian apatah lagi apabila melibatkan Musang King! Ramai yang sanggup berjalan jauh bagi mendapatkan Musang King. Disebabkan itu, Sabtu ini (16 Julai 2016) ya esok, di antara jam 11 pagi sehingga 6 petang, Grab membawa anda sekali lagi untuk menikmati #GrabDurian! Istimewa untuk semua pencinta durian di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Grab kini menawarkan durian hanya RM10 dan akan menyerahkannya kepada anda secara percuma. Walawei bestnya!
Ada pelbagai durian ditawarkan termasuk Musang King, D24, D100 dan banyak lagi. Apa yang perlu anda lakukan adalah tempah durian dengan kad kredit/debit dengan mengetuk pada butang GrabDurian yang muncul pada aplikasi Grab pada Sabtu 16 Julai 2016.
Seperti biasa ianya berdasarkan pada siapa cepat, dia dapat, jadi rebut peluang ini sebelum kehabisan!
Bukan itu sahaja, kika anda berada di Bangsar Sabtu esok jam 11 pagi, anda boleh melihat Grab di sekitar Bangsar Village 2 kerana mereka akan memberikan durian percuma untuk 100 orang yang bertuah pertama.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Langkah 1 – Cari Grab “6 Packs Men”
- Langkah 2 – Ambil gambar dengan mereka
- Langkah 3 – Kongsi di media sosial
- Langkah 4 – Bawa balik dengan sebungkus durian!
Jangan lupa untuk berada di sana lebih awal kerama promosi percuma ini hanya sah untuk 100 orang bertuah pertama.