Jenama fesyen terulung di New York, Coach baru sahaja melancarkan kempen iklan globalnya untuk musim Luruh 2016. Menampilkan barisan rekaan khas untuk pertunjukkan fesyen lelaki dan wanita yang bertujuan untuk menyampaikan aura semangat serta keyakinan.
Akan dilancarkan secara rasmi pada Ogos hadapan, kempen ini merangkumi pakaian sedia dipakai untuk lelaki dna wanita, aksesori serta beg yang direka istimewa oleh Pengarah Kreatif Stuart Vevers.
Pengambaran kempen iklan berkenaan mendapat sentuhan pakar jurugambar terkemuka Steven Meisel, bahkan segala tata hias dan penggayaan dikelolakan oleh Karl templer di samping Baron & Baron sebagai pengarah seni. Penggambaran kempen iklan musim Luruh Coach 1941 dilakukan di sekitar bandar raya Brooklyn, New York.
Antara model berpersonliti yang emmbintangi kempen iklan global ini adalah termasuk Rianne Van, Rompaey, Sandra Schmitt, Jing Wen dan ramai lagi. Ternyata, setiap seorang dari mereka bijak untuk bergaya dengan penuh karisma, membuatkan koleksi musim Luruh lebih menonjol -membangkitkan semangat ‘darah muda’ yang secara tidak langsung kelihatan sangat menarik walaupun diselit dengan sedikit karakter feminin yang kasar.
Jaket bersaiz besar dibiarkan membaluti badan secara bersahaja melapisi helaian feminin yang berasaskan fabrik sutera manakala jaket Varsity yang sporty pula digayakan dengan penuh ghairah, menutupi sebahagian permukaan tea dress berwarna.
Beg tangan yang digelar Rogue Bag adalah rekaan terbaru untuk COACH 1941, dihiasi dengan manik-manik besi, paku keling dan kerjacantuman menyerlahkan lagi sisi ketukangan berkualiti jenama fesyen ini.
Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com