Sebagai individu yang telah berkeluarga, si ibu dan bapa terutamanya pasti kelam-kabut menyiapkan perkakas dan keperluan anak kecil apabila mahu pergi melancong atau pun balik kampung. Untuk itu, jenama pengedar serta pembekal rangkaian barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Bloom & Grow ada menawarkan beberapa keperluan penting khas untuk si cilik anda kala pergi melancong.
Usah risau lagi kerana musim balik kampung menjelang Aidilfitri nanti pasti lebih teratur dengan adanya Benbat Travel Friends Total Support Headrest & Seat Belt Pals (RM49.90 – RM89.90) yang merangkumi tali pinggang, bantal leher empuk yang dapat menampung keselesaan sandaran kepala serta…
Benbat Bubble Dream Sunshade (RM79.90) yang berfungsi untuk menghindar cahaya matahari dari terus menembusi cermin kereta tempat duduk belangkang yang menempatkan anak anda.
Bukan itu sahaja, Benbat GoVinci yang terdapat dalam pilihan bagasi genit (RM 129) serta beg sandang (RM199) juga secara tidak langsung dapat mengisi segala kelengkapan anak anda secara tersusun.
Lebih menarik, jika anda mahu mewujudkan suasana pengembaraan yang lebih menyeronokkan untuk anak anda, boleh cuba dapatkan Trunki Ride-On Suitcase (RM209 – RM349) ini. Ia bukan sekadar beg pakaian biasa, bahkan anak anda boleh menunggang ia yang merangkumi rekaan beg pakaian yang diinspirasi dari pelbagai binatang comel serta teksi kuning.
Manakala Trunki Snoozihedz (RM199) adalah perkakas 3 dalam 1 terdiri dari beg mudah bawa yang mengandungi seunit bantal kepala dan selimut lembut khas untuk menemani anak anda sepanjang perjalanannya di dalam kereta, bas, kapal terbang mahupun kereta api.
Trunki BoostApak (RM339 – RM469) pula akan bantu memberi perlindungan optimum kepada anak anda di mana, ianya merupakan kerusi keselamatan kompak yang boleh dilipat dan dibawa ke mana sahaja destinasi yang dituju.
Seperti biasa, kita sebagai ibu bapa perlulah menyediakan payung sebelum hujan untuk anak-anak dengan menghadiahkannya payung Skip Hop Zobrella (RM79.90) dan baju hujan Little Kid Raincoat (RM199) yang bermotifkan serangga comel seperti kumbang merah, rama-rama, dan lebah.
Tidak ketinggalan, J.L Childress Gate Check Bag (harga tidak dinyatakan) ini pula amatlah bermanfaat untuk membalut kereta sorong mahupun apa sahaja perkakas anak kecil anda daripada calar, dihinggap habuk serta kotoran yang bakal mengundang penyakit kepada anak anda.
Jika bercuti di tepi pantai, jangan lupa penuhkan beg keperluan si cilik anda dengan aksesori kaca mata hitam Eyetribe Frankie Ray (RM119) yang memberi perlindungan 100% dari sinaran UV serta…
pembalut kereta sorong Sun & Snoozeshade (RM145) yang selamat untuk digunakan sepanjang lawatan anda di tepi laut bersama si kecil yang masih belum tahu berjalan.
Cuddledry Snuggle Towel (RM269) adalah tuala istimewa yang dibuat menggunakan fabrikasi gebu sambil dihiasi karakter menyeronokkan yang boleh mengeringkan badan serta memanaskan badan anak anda setelah puas berenang di dalam laut mahupun kolam renang.
Oh! Bawa sekali baldi berwarna-warni Scrunch-bucket (RM49.90) yang sesuai benar untuk mengangkut air ketika melakukan aktiviti binaan istana di tepi pantai.Diperbuat dari silikon lembut yang pasti selamat untuk kegunaan kanak-kanak.
Sila layari bloomandgrowasia.com untuk keterangan lanjut.