Pakai baju tanpa lengan, tiba-tiba angkat, alamak ada bulu ketiak halus pula. Tak ke malu? Yang pasti masalah bulu ketiak kerap membuatkan wanita merasa tidak yakin. Pakai baju ni rasa pelik, pakai baju tu rasa semacam. Macam-macam perasaan.
Oleh itu, tak hairanlah jika ramai yang rela kesakitan melakukan waxing demi menghilangkan bulu ketiak. Ada juga yang rela berhabis untuk melakukan rawatan menghilangkan bulu ketiak seperti laser.
Tapi tahukah anda, ada juga beberapa cara tardisional yang boleh dipraktikkan untuk memastikan bulu ketiak tidak tumbuh dengan cepat.
Ada dua bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk melambatkan pertumbuhan bulu ketiak. Nak tahu apa dia, meh sini!
Hanya campurkan 1 sudu teh betik muda dengan 1/2 sudu teh serbuk kunyit. Setelah sebati, aplikasikan ke permukaan ketika secara merata sambil diurut lembut. Lakukan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air sehingga bersih.
Untuk pengetahuan anda, betik muda mengandungi enzim aktif yang boleh memusnahkan folikel rambut sekaligus melambatkan pertumbuhannya. Lakukan rawatan ini selama seminggu sekali secara rutin untuk hasil yang maksimum.
Walaubagaimanapun, hasilnya mungkin juga berbeza pada setiap individu, bergantung jenis atau jenis kulitnya juga.