Pernahkan anda menghadapai masalah kulit radang, gatal-gatal, bergerutu, bersisik serta tegang disebabkan kekeringan yang keterlaluan? Ya, kulit anda mungkin sensitif.
Masalah kulit sensitif biasanya berpunca dari keturunan atau mungkin anda terdedah secara drastik kepada persekitaran yang tidak sihat, mahupun suhu cuaca yang ekstrem. Bahkan, alah kepada sesetengah jenis makanan serta kebersihan awam juga bisa menjadi penyumbang kepada permasalahan kulit ini.
Di farmasi serta toko-toko perubatan, terdapat banyak jenis krim yang ditawarkan -menjanjikan peluang untuk menghilangkan parut dan kedutan serta merta.
Tidak salah untuk anda mencuba semua produk kecantikan tersebut tetapi, apa yang penting di sini adalah, lakukan ujian sensitiviti dahulu untuk lihat sejauh mana tahap ketahan kulit anda.
Sebelum menggunakan produk baru, cuba sapu sedikit produk berkenaan di bahagian kulit siku anda. Tunggu sehingga 48 -72 jam. Jika tiada sebarang bengkak, bintik merah, kegatalan, serta kepedihan yang muncul di bahagian itu, bermakna anda boleh terus menggunakannya. Oleh itu, sebelum membeli sebarang produk, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
Pelanggan yang bijak harus tahu membuat perbezaan ke atas produk. Selalulah memeriksa dan membaca salinan kandungan yang ada di bahagian kotak pembungkus produk dan peka tentang bahan-bahan yang berikut:-
#1 Pelembab Berasaskan Silikon (Silicone-derived emollients)
Anda sukakan sentuhan yang lembut, halus serta kompleksi wajah yang kelihatan “matte” dengan hanya menggunakan krim? Silikon sebenarnya mempunyai elemen yang susah untuk dilesapkan, ianya tidak mesra alam serta memerlukan masa yang lama untuk hancur. Oleh itu cuba elak memakai produk yang mengandungi elemen silikon kerana ia akan menyumbat pori-pori wajah serta menggalakkan iritasi dan pertumbuhan tumor.
#2 Wangian
Selain menjadikan produk anda berbau harum, sebenarnya kandungan wangian di dalam produk kecantikan adalah tidak elok untuk kulit! Ia merupakan sejenis kimia yang akan menyebabkan radang serta melemahkan bahagian dalam lapisan kulit. Oleh itu, amalkan penggunaan produk yang natural, bebas bau.
#3 Formaldehyde
Formaldehyde biasanya berwarna jernih, mempunyai bau yang kuat serta mudah terbakar. Bahan ini selalu ditemui dalam kosmetik harian anda seperti cat kuku, gel dan perapi rambut. Bukan itu sahaja, bahan merbahaya ini sering digunakan sebagai larutan di dalam pelbagai bahan pembersih rumah. Paling mengerikan, ia telah pun dikelaskan sebagai penyebab kanser kepada manusia oleh Agency for Research on Cancer.
#4 Lemon
Buah-buahan citrus terkenal dengan kandungan asidnya. Meskipun lemon diyakini mempunyai banyak kebaikan terhadap kecantikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Bahkan, minyak pati citrus mungkin merupakan sejenis phototoxic yang bisa menjejaskan tekstur kulit, membuatkan ia melecet serta pedih apabila terdedah kepada terik matahari.
Tips!
#1 Membersih Kulit Dengan Lembut
Pstikan anda menjaga kebersihan kulit sepanjang masa. Mandi dengan air panas, melakukan pengelupasan yang keterlaluan terhadap kulit boleh menghakis minyak asli kulit anda serta menjadi punca kepada iritasi kekeringan kulit.
#2 Lebih Kurang, Lebih Baik
Kita salah kerana selalu mengganggap produk yang kaya dengan pelbagai bahan itu adalah yang terbaik, walhal ianya tidak. Cetaphil Gentle Skin Cleanser hanya mengandungi 8 bahan. Diformulasi khas mengikut kesesuaian semua jenis kulit, pencuci ini bebas sabun dan tidak menghakis kelembapan asli kulit.
#3 Melembap, Membaik-Pulih & Melindung
Cuba Cetaphil Moisturising Cream untuk mengekalkan kelembapan. Ianya tidak melekit malah bebas dari sebarang wangian. Terbaik untuk disapu ke seluruh bahagian badan terutama di bahagian yang mudah kering seperti kaki, siku, lutut dan lain-lain.
#4 UVA & UVB
Pancaran matahari akan merosakan kulit. Malah, jika terlalu lama terdedah kepada cahaya ekstrem, ia akan meningkatkan risiko kanser kulit seseorang. Oleh itu, gunakan krim anti-matahari (sunblock) yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15 kerana ia mampu menghalang pancaran UVA & UVB. Cetaphil Daylong SPF50+ adalah cecair yang bebas minyak dan ringan dikulit -sesuai untuk perlindungan optimum seharian.
#5 Kekalkan Kesihatan Kulit Dari Segi Dalaman & Luaran
Amalkan pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan untuk membekalkan vitamin dan mineral yang cukup bagi menghasilkan kelembapan kulit yang sempurna. Senaman juga dapat bantu meningkatkan kesihatan kulit. Ia dapat menggalakan peredaran darah dan mengembalikan struktur keanjalan kulit.