Novel fantasi tulisan Charles Lutwidge Dogson yang diabadikan menjadi filem animasi Disney popular Alice In Wonderland itu ternyata telah memberikan ilham kepada jenama kasut unik kegemaran ramai Melissa bagi menghasilkan koleksi rekaan musim sejuk 2016.
Sangat berseni, karakter-karakter unik di dalam filem tersebut menjadi sisi utama untuk memaparkan aura feminin yang ceria dan ekesentrik.
Seperti Alice di dalam filem tersebut, dirinya dilihat memakai sepatu jenis sarung (slip-on pump shoes) berwarna hitam. Bahkan dirinya begitu lincah, mengembara ke alam yang penuh misteri sambil menyelesaikan pelbagai masalah di dunia yang serba-serbi fantasi itu.
Bahagian utama kasut Melissa terutamanya di permukaan tapak sebelah dalam turut dipenuhi dengan elemen-elemen yang disunting dari filem ikonik tersebut termasuklah daun terup dan gambaran Alice sedang menghirup cecair ubat “Drink me” dan banyak lagi. Manakala bentuk hati dan simpulan reben pula menghisai bahagian tengah atas kasut supaya lebih menonjol dan kelihatan manis.
Khas bagi melengkapkan almari kanak-kanak perempuan dan wanita berjiwa muda, koleksi Dance Machine terkini merangkumi Melissa Ultragirl + Alice in Wonderland, Mel Ultragirl + ALice in Wonderland dan Mini Melissa UltraGirl + Alice in Wonderland dari Melissa ini pastinya meriahmemeriahkan gaya harian anda sepanjang musim sejuk 2016!
Kesemua koleksi Dance Machine oleh Melissa ini akan mula berada di pasaran pada Julai 2016. Untuk keterangan lanjut, sila layari mdreams.com.my