Restoran ayam panggang kegemaran ramai yang tidak lokek menyediakan menu sihat untuk seisi keluarga, Kenny Rogers Rosters kini baru sahaja memperkenalkan hidangan menu baharu bersempena Ramadhan dan Aidilfitri 2016 iaitu Royal Raya Meal.
Himpunan rasa keenakkan Kenny’s Quarter Chicken yang diserikan dengan limpahan kuah cendawan klasik pasti menjadi lebih enak andainya dilengkapi dengan hidangan nasi Majestic Rice serta Jewel Salad dan Muffin empuk berkrim Kenny Rogers.
Nasi yang dgelar Mejstic Rice itu adalah seleksi nasi beraroma yang diramu dengan herba jintan putih dan kunyit manakala sayuran segar yang didadu menyerlahkan lagi hidangan ikhlas tersebut.
Bukan itu sahaja, Jewel Salad yang dihidang bersama adalah kombinasi sayuran segar seperti tomato, timun, cili benggala serta bawang. Dicurah pula dengan titisan kuah salad sempurna berlatarkan kicap bijan. Rasanya pasti buatkan anda tak terkata!
Bagi memberi kepuasan yang nyata kepada pelanggan, minuman istimewa seperti Lady D’Rose, gabungan susu dan sirap (bandung) atau Summer Knight yang berperisa sitrus dan sedikit sirap itu pasti dapat menghilangkan dahaga seharian anda.
Pelanggan boleh memilih antara dua jenis set menu hidangan yang ditawarkan untuk Royal Raya Meal termasuklah Royal Raya Chicken Meal mahupun Royal Raya Soup Meal yang boleh didapati pada harga RM22.90 dan keatas.
Tidak ketinggalan, pelanggan yang mahu berbuka puasa di rumah boleh membawa pulang set hidangan Take-it-Home Feast sepanjang bulan Ramadhan ini!
Antaranya, set hidangan Super Feast yang hadir bersama Kenny’s Whole Chicken, Majestic Rice, The Jewel Salad dan empat (4) biji Muffin boleh didapati pada harga RM69.90 sahaja! Empat(4) botol jus buah-buahan yang bernilai RM33.90 turut akan diberikan secara percuma!
Jika anda hendak membeli ayam panggang sahaja secara berasingan pun boleh dan harga yang ditawarkan adalah pada RM29.90 sahaja untuk tempoh bulan Ramadhan berbanding harga asalnya RM45.58. Yup! Ia cukup untuk dinikmati sehingga 3 orang!
Untuk keterangan lanjut, sila lawat www.facebook.com/krrmalaysia atau hubungi 03 – 2119 9888.