Sakitnya tuh di sini Di dalam hatiku
Sakitnya tuh di sini Melihat kau selingkuh
Sakitnya tuh di sini Pas kena hatiku
Sakitnya tuh di sini Kau menduakan aku (sambil tangan tepuk di bahu)
Biasa dengar lagu ini di corong radio? Hah, nak tahu tak penyanyi lagu ini akan adakan konsert di Malaysia.
Cita Citata, yang telah menggegarkan negara asalnya menerusi lagu-lagu pop-dangdut menarik seperti ‘Sakitnya Tuh Di Sini’ dan ‘Goyang Dumang’, padat dengan persembahan bertenaga, telah mewujudkan kumpulan peminat yang luas dan pantas berkembang di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
Xpax dan Yonder Music sekali lagi mengujakan peminat muzik Malaysia dengan pengalaman muzik yang tidak patut ketinggalan. Kali ini, melalui acara XPAX mencetuskan Yonder Music Live Series KONSERT CITA CITATA mereka membawa masuk bintang dangdut terkenal dari Indonesia, Cita Citata, yang juga pemenang anugerah, untuk mengadakan persembahan di Ipoh (22 Mei) dan Johor Bahru (29 Mei). Persembahan terbuka ini adalah yang kedua dalam rangkaian persembahan konsert menggegarkan Yonder Music yang dicetuskan oleh Xpax.
Cita akan melangsungkan persembahan di Angsana Mall, Ipoh pada 22 Mei 2016 dan Plaza Angsana, Johor Baru pada 29 Mei 2016, kedua-duanya bermula 5.30 petang. Pertandingan karaoke dan cabutan bertuah akan diadakan di kedua-dua lokasi tersebut oleh Xpax dan Yonder Music sebelum persembahan Cita bermula.
Yonder Music adalah aplikasi percuma dan tanpa had eksklusif untuk pelanggan Celcom sahaja. Aplikasi muzik tanpa had ini kini boleh didapati untuk peranti Android dan iOS dan boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store. Pelanggan Celcom tiada akan dikenakan bayaran data bila menggunakan Yonder Music.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.xpax.com.my/yondermusic