Sebelum ini ia lebih dikenali sebagai French Art & Film Festival, sambutan yang gilang-gemilang membawakan bumi Perancis ke Malaysia ini adalah bertujuan untuk berkongsi budaya serta keunikan negara yang terkenal dengan makanan pasta itu bersama masyarakat Asia di sini. Le French Festival adalah sebuah pesta yang menggabungkan kesenian dan warisan negara Perancis termasuklah muzik, filem, pementasan seni, pameran serta makanan yang enak-enak belaka.
Berlangsung dari 6 Mei sehingga 19 June 2016, untuk tahun yang ke-15 ini, Le French Festival 2016 menjanjikan pengalaman yang lebih asyik dari sebelumnya! Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan di sekitar lembah Klang dan Pulau Pinang, malah di Johor Bahru yang terpilih sebagai destinasi akhir untuk siri jelajah LFF musim ini.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk menonton 14 buah filem Perancis terpilih yang berkisarkan tenatng gaya hidup orang Perancis, kisah cinta romantis, sejarah, ikatan kekeluargaan yang pastinya kaya dengan pelbagai moral dan erti kehidupan yang bakal meninggalkan kesan terhadap diri para penonton. Tayang filem berkenaan hanya akan ditayang di cawangan panggung Golden Screen Cinema (GSC) termasuklah di Mid Valley Megamall, Nu Sentral, Pavilion Kuala Lumpur, 1 Utama dan beberapa cawangan GSC yang lain.
Selain itu anda juga boleh bersua muka dengan selebriti yang sedang meningkat naik di arena perfileman Perancis iaitu si jelita Melanie Thierry di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 19 Mei ini! Ceramah pendidikan, persembahan muzikal istimewa serta pesta makanan besar-besaran juga pastinya menggembirakan untuk dikongsi bersama keluarga dan orang tersayang sepanjang tempoh berlangsungnya festival ini.
Le Frech Festival mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat yang bukan sahaja dari golongan tempatan, bahkan para pengunjung yang datang dari luar negara yang datang untuk turut serta dalam acara gemerlapan ini. Ia dianjurkan oleh Alliance Français dan Kedutaan Perancis di Malaysia dan disokong oleh Martel, Golden Screen Cinema, Fakulti Muzik UiTM, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Finas, Air France, Aesop dan banyak lagi!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.alliancefrancaise.org.my