Anda sedang berada dalam mod percutian tengah tahun? Jangan ketinggalan, kerana Samsung GALAXY bakal menaja tiket penerbangan dua hala untuk para penggunanya dengan kerjasama bersama AirAsia ke kota yang pemurah dengan senyuman iaitu Bangkok, Thailand.
Tepat pada jam 10am, 4 Mei ini, Galaxy Life akan melancarkan aplikasi barunya itu kepada 500 pengguna terawal untuk mendapatkan hak keistimewaan bagi melayakkan diri menebus tiket penerbangan dua hala ke Thailand itu. Yup! Samsung dan AirAsia bakal merealisasikan impian anda untuk menghabiskan percutian pendek di bumi Gajah Putih! Seronoknya!
Anda hanya perlu muat turun aplikasi GALAXY Life dari Samsung Galaxy Apps atau Google Play Store untuk memenangi tajaan tersebut. Sebagai bonus, setiap satu penerbangan pergi-balik akan ditawarkan elaun 20kg berat bagasai secara percuma. Jadi, anda tak perlu risau jika membawa pulang barangan yang dibeli dari Thailand ke Malaysia. Tajaan ini adalah terhad dan hanya menawarkan tarikh pelancongan dari 14 hingga 16 mei 2016 serta 21 hingga 23 Mei 2016.
Sejak diperkenalkan pada 2014, Samsung GALAXY Life giat menghadiahkan pelbagai tawaran hebat serta keistimewaan dari segi makan, membeli-belah, melancong, undangan ke majlis eksklusif untuk para penggunanya. Inisiatif ini dilancarkan khas untuk Samsung Malaysia Electronics berkembang dan demi menyediakan platform unggul dalam menghargai para pelanggan yang dikasihi kerana tidak putus-putus menunjukkan sokongan ke atas jenamanya.
Muat turun boleh dilakukan secara percuma oleh para pengguna telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy Life. Nikmati gandaan hebat yang diselangi dengan rebat serta tawaran menarik dari Samsung hari ini.
Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk keterangan lanjut, sila layari mygalaxylife.com