Badan kurus tetapi perut buncit, ada tak sesiapa yang alami benda ni? Tertekan sangat sebab perut menonjol dekat depan tu boleh merosakkan penampilan. Jadi, nak buat macam mana? Makan ubat?
Haaa.. Anda boleh cuba petua ‘ajaib’ dan mudah ini, ianya cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan.
Anda hanya perlukan sebiji lemon, halia dalam dua atau 3 inci dan juga air 1.5 liter. Serius mudah, bukan? Petua ini seeloknya dibuat pada waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
Baiklah, mula-mula sekali masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang sudah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk.
Selepas itu, dibiarkan mendidih selama 15 minit. Jangan lupa kacau, ya. Dan seterusnya, selepas 5 minit didih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
Padamkan api dan tutup periuk. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Cara minum:
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh di bawa ke pejabat. Minum sedikit dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.