Melihatkan keadaan para penggemar fesyen yang sering butuhkan servis yang lebih memudahkan proses membeli-belah mereka, Love, Bonito iaitu sebuah jenama gedung atas talian yang menyediakan seleksi fesyen terkini khas buat para wanita urban masa kini ingin mengembangkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa.
Sehubungan dengan tujuan murninya itu, bermula dari 15 April hingga 15 May 2016, anda dan semua rakyat Malaysia yang tinggal berhampitran diundang untuk melawat ke kedai pop-up Love Bonito bertempat di Cake Jalan Tiung, Shah Alam.
Kedai Pop-up ini akan menampilkan gaya serta koleksi istimewa berdasarkan pemilihan yang dibuat mengikut cita rasa kegemaran ramai setiap minggu.
Selain daripada itu, akan ada peranti iPad yang diletakkan pada setiap satu kedai pop-up Love, Bonito yang terlibat, ini adalah demi memudahkan proses jual beli dan pada masa yang sama, bagi pelanggan yang melengkapkan proses tempahan pembelian secara langsung melalui iPad berkenaan, dirinya berpeluang mendapat diskaun istimewa ketika membuat daftar keluar (checkout) berserta hadiah eksklusif yang berupa beg kantung edisi terhad Love, Bonito.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 2014 bersama pembukaan kedai pop-up pertamanya di Publika, jenama ini begitu mendapat perhatian dari orang tempatan. Bukan itu sahaja, Love, Bonito telah membuka sebuah kedai utama di Mid Valley bagi menyalurkan koleksi terbaik Love, Bonito kepada para peminatnya di Malaysia.
Love, Bonito masih ligat mengembangkan perniagaannya ke serata daerah Asia termasuk Indonesia di samping bekerjasama rapat dengan para pereka ternama seperti Tex Saverio dan pengamal yoga tegar dari Singapura, Liv Lo untuk menghasilkan koleksi kapsul.
Jika anda berminat untuk membelek dan membawa pulang koleksi fesyen dari hujung rambut sehingga hujung kaki Love, Bonito, anda boleh berkunjung ke Cake Jalan Tiung di alamat:-
31-Mezzanine, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, Seksyen 9, 40100 Shah Alam.
Kedai kek yang memuatkan kedai pop-up Love, Bonito itu akan dibuka kepada umum dari jam 12pm hingga 7pm pada hari Rabu hingga Ahad. Jangan lupa untuk datang membeli-belah barangan Love, Bonito sambil menikmati kek enak hasil ciptaan Cake Jalan Tiung! Hanya dari 15 April sehingga 15 Mei 2016!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.lovebonito.com atau lawat laman Facebook Love, Bonito di www.facebook.com/lovebonito.