Siapa yang tak gemar dengan nikmat kesedapan biskut sandwhich OREO? Intinya lemak berkrim sambil diapit dengan kepingan biskut sandwich coklat rangup yang tiada bandingan!
Penulis telah sedia tahu, OREO telah keluarkan banyak perisa baru. Tetapi, untuk himpunan resepi OREO yang ini, anda perlukan OREO yang berperisa original sahaja okay?
#1 OREO GORENG
Bahan:
- Minyak Untuk Memasak
- 1 Biji Telur Ayam (saiz besar)
- 1 cawan Susu
- 2 camca teh minyak sayuran
- 1 cawan campuran penkek (boleh dibeli dari kedai)
- 1 paket OREO berperisa asli
Arahan:
- Panaskan minyak mengoreng sehingga benar-benar panas.
- Kacau bersama telur, susu, dan 2 camca teh minyak sayuran di dalam mangkuk sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan tepung penkek dan gaul campuran berkenaan sehingga tiada ketulan yang tersisa.
- Celup biskut OREO ke dalam campuran tepung.
- Perlahan-lahan masukkan ia ke dalam kuali panas. Pastikan anda hanya menggoreng 4-5 biskut dalam satu-satu masa supaya ia masak dengan sempurna dan tidak melekat sesama sendiri.
- Masak sehingga salutan tepung berwarna perang keemasan lebih kurang selama 2 minit.
- Angkat dari kuali dan toskan minyak.
- Tabur gula aising sebagai hiasan dan penambah perasa.
#2 FRAPPUCINO NUTELLA & OREO
Bahan:
- Beberapa Ketulan Ais
- Segelas kopi espresso (siap dibancuh)
- 4-5 keping biskut sandwich OREO
- 1 skop Nutella Hazelnut
- Mesin Pengisar (Blender)
Arahan:
- Masukkan ketulan ais, biskut OREO, Nutella kopi espresso bersama dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua campuran sebati.
- Tuang ke dalam gelas atau cawan pilihan anda.
- Boleh tambah krim putar dan cairan coklat Hershey’s di atas Frapucino Nutella & Oreo anda!
- Jangan lupa minum guna straw, baru nikmat!
#3 KEK KEJU OREO TANPA OVEN
Bahan:
Dasar Kek:
- 8 keping biskut sandwich OREO
- 2 sudu besar butter cair
Kek Keju:
- 1 cawan krim putar berat
- 8 oz. krim keju atau cream cheese (dilembutkan)
- 1 camca teh ekstrak vanila
- 4 sudu besar gula
- 1 camca teh jus lemon
Arahan:
- Hancurkan biskut oreo dengan mesin pengisar atau lesung batu. Campurkan ia dengan butter cair tadi dan bahagikan kepada 4 hidangan. Anda boleh guna mangkuk ais krim. *OREO hancur berfungsi sebagai dasar rangup kepada kek keju ini.
- Kacau krim putar berat sehingga ringan. Letak di tepi.
- Dalam mangkuk yang lain, gaulkan krim keju, estrak vanila, jus lemon dan gula sehingga sebati.
- Masukkan campuran krim keju ke dalam campuran krim putar tadi. Gaul mesra kesemuanya.
- Skop sama rata campuran ini ke dalam mangkuk ais krim yang telah berisi dengan biskut hancur OREO.
- Taburkan cip coklat sebagai hiasan.
- Anda boleh sejukkan di dalam peti sejuk sebelum menikmatinya!
#4 MANISAN BISKUT & KRIM OREO
Bahan:
- 3 cawan coklat putih
- 20 keping biskut sandwich OREO (dihancur)
- 7 oz marsmallow fluff (jika sukar nak cari di pasaraya, anda boleh bakar marsmallow putih biasa sehingga cair dan likat)
- 14 oz susu pekat
- 1 camca teh ekstrak vanila
Arahan:
- Cairkan coklat bersama susu dan krim marshmallow di atas api serdehana rendah.
- Terus mengaul sehingga campuran halus. Jangan lupa masukkan ekstrak vanila sekali!
- Tuangkan OREO hancur ke dalam campuran marshmallow itu tadi.
- Tuang campuran yang telah siap di atas dulang pemuk zbakar atau apa sahaja loyang besi pilihan anda.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga ia mengeras selama 3 jam.
- Potong kepada bentuk yang mudah digigit. Jika ada lebih, teruskan menyimpan ia di dalam perti sejuk agar tekstur manisan ini tidak rosak.
#5 SAPUAN BUTTER BISKUT OREO
Bahan:
- 1 paket biskut OREO
- 1/4 cawan minyak kelapa (suhu bilik)
Arahan:
- Masukkan biskut dan minyak kelapa ke dala mesin pengisar atau blender. Kisar selama 5 minit dan guna sudu untuk hakis lebihan sisa campuran yang melekat di tepi-tepi blender. Sekali lagi kisar selama 3 minit sebelum anda alih keluar campuran.
- Mesin pengisar itu secara tidak langsung telah memanaskan minyak kelapa sehingga menjadi cair.
- Meskipun begitu, konsistensi itu akan bertukar menjadi seperti mentega kacang apabila ia telah sejuk nanti.
- Sekarang anda boleh oleskan sapuan butter biskut Oreo di atas roti mahupun biskut tawar.
Nota: Jika anda tidak gemar rasa minyak kelapa, anda boleh ganti ia dengan minyak sayuran.
#6 AIS LOLI OREO
Bahan:
- 1 bekas krim putar
- 8 auns krim keju atau vream cheese (dilembutkan)
- 18 keping biskut sandwich OREO
- 4 keping tambahan biskut sandwich OREO (dihancurkan)
Arahan:
- Hancurkan sedikit biskut OREO secara kasar-kasar.
- 4 keping biskut yang selebihnya itu boleh dihancurkan sehingga halus untuk ditaburkan di atas ais lali sebagai hiasan.
- Dalam mangkuk besar, pukul krim keju sehingga ringan dan gebu. Kemudian, campurkan OREO yang telah dihancur kasar-kasar tadi bersama. Gaul. sebati.
- Masukkan campuran ke dalam acuan ais loli anda (boleh beli acuan ais loli di Ikea mahupun Daiso).
- Seterusnya tabur serbuk biskut OREO yang dihancur halus pada permukaan ais loli yang berdekatan dengan kayu pemegang. *rujuk pada gambar hiasan
- Bekukan selama 4 jam.
- Untuk keluarkan ais loli dari acuan dengan mudah. Sediakan satu mangkuk air panas yang muat untuk mencelup acuan. Celup dalam 5-10 saat sebelum menarik ais loli keluar dengan perlahan.
#7 BROWNIES OREO MARSHMALLOW
Bahan:
- 1 kotak serbuk campuran brownies
- 16 keping biskut sandwich OREO (dipatah)
- 1 cawan marsmallow fluff (jika sukar nak cari di pasaraya, anda boleh bakar marsmallow putih biasa sehingga cair dan likat)
- 1 paket mashmallow coklat pilihan anda
- 4 keping biskut sandwich OREO (dihancur)
Arahan:
- Panaskan oven dengan suhu 350ºc.
- Ikut arahan pada kotak untuk membancuh campuran brownies.
- Tuang 1/2 daripada campuran brownies di atas permukaan dulang pembakar bersaiz 9 x 13.
- Ratakan 1 cawan marsmallow fluff di atas permukaan campuran brownies.
- Kemudian, tabur marshmallow coklat pilihan anda atas.
- Litup kesemua lapisan itu tadi dengan lebihan campuran brownies.
- Tabur OREO hancur di permukaan paling atas.
- Bakar selama 25 minit dan hendaklah dibiarkan sejuk dahulu sebelum potong ke beberapa bahagian.
#8 KEPINGAN OREO PUDINA
Bahan:
- 1 paket biskut OREO
- 1 paket (24 oz.) coklat putih masakan
- 1/2 hingga 1/4 camca teh ekstrak pudina (bergantung kepada sekuat mana perisa pudina yang anda mahu)
- Sedikit pewarna makanan hijau
Arahan:
- Patahkan biskut OREO kepada bahagian-bahagian kecil
- Masak coklat putih mengikut arahan pada plastik
- Dengan cepat, masukkan ekstrak vanila serta pewarna. Setelah itu, gaul bersama biskut OREO yang telah dipatahkan tadi.
- Tuang campuran ke dalam loyang tidak lekat.
- Sejukkan dalam peti ais sebentar sehingga campuran mengeras
- Patah-patahkan ia kepada beberapa bahagian sebelum anda nikmati begitu sahaja!
Selamat mencuba!