Kita dilahirkan dengan rupa paras yang pelbagai, tiada yang sama. Yup! melainkan anda ada pasangan kembar 🙂 Ada yang sempurna dan ada juga yang tidak.
Perempuan lazimnya selalu sahaja berasa tidak yakin dengan penampilan diri, lebih-lebih lagi apabila bercakap tentang bahagian-bahagian tertentu di wajah. Umpamanya, kita yang lahir di Tanah Melayu ni, masing-masing mempunyai bentuk hidung yang agak tidak mancung seperti orang barat. Lepas itu mulalah dah ada yang berangan nak kahwin dengan mat salleh, katanya supaya nanti bila dapat anak, hidung mereka mancung. Gitu lah!
Tetapi, sebenarnya ada beberapa helah yang bisa anda manfaatkan untuk membuatkan hidung kelihatan mancung dan tirus seperti yang dimiliki oleh Adele mungkin? *sebenarnya Adele pun buat pembedahan plastik! shhh
Okay, jom Wanista ajar anda beberapa helah bagaimana nak miliki hidung yang cantik lagi menarik tanpa sebarang pembedahan yang mungkin mencecah ribuan ringgit!
#1 Kecilkan Hidung Yang Kembang
Untuk ini, anda boleh gunakan teknik solekan shading mudah. Jika anda mahu menampakkan bentuk hidung yang lebih kecil dan tirus, gunakan bedak asas (foundation) yang 1 atau 2 tona lebih gelap dari kulit anda untuk sapuan di kedua-dua bahagian sisi tulang hidung.
Selepas itu, jangan lupa untuk guna bedak asas (foundation) yang mempunyai warna 1 atau 2 tona lebih cerah dari kulit untuk sapuan di sepanjang tulang hidung. Jelas?
#2 Elak Buat Solekan Mata Yang Berat
Jika anda rasa hidung anda tidak mancung, elakkan untuk membuat solekan mata yang dramatik agar mata orang yang memandang tidak terus tertumpu pada bahagian atas wajah anda.
Solekan mata yang menonjol sebenarnya membuatkan orang fokus lebih pada hidung anda. Oleh itu, cuba gaya solekan mata yang lebih natural, tidak terlalu menonjol yang bisa seimbangkan bentuk hidung anda.
#3 Gunakan Concealer Pada Bahagian Bawah Mata
Lingkaran hitam bawah mata akan menampakkan ilusi bayangan yang menonjolkan bentuk hidung anda secara tidak langsung. Oleh itu, cuba guna concealer untuk menutup cela dan lingkaran gelap bawah mata secara rapi agar tona kulit di bahagian tersebut menjadi sekata.
Ini akan menggelak orang yang melihat terus fokus kearah kawasan hidung serta bahagian atas wajah anda.
#4 Nak Pendekkan Hidung Yang Panjang?
Ada boleh gunakan bedak asas (foundation) untuk memendekkan bentuk hidung yang panjang!
Secara ringkas, sapu bedak asas (foundation) yang mempunyai warna lebih gelap dari kulit di bawah hidung serta di keliling lubang hidung milik anda.
Di samping anda melakukan teknik counturing tersebut, harus diingatkan supaya anda menyapu bedak asas berwarna gelap itu secara sekata agar ia nampak asli.
#5 Gaya Rambut Juga Membantu
Ketahuilah, jika anda menggayakan rambut berbelah tengah, anda sebenarnya menonjolkan lagi rupa hidung anda yang tidak seberapa itu.
Bagaimanapun, anda boleh menyisir tepi atau membuat belahan rambut ke bahagian tepi, ini akan bisa membantu menggelak tumpuan orang untuk fokus terus ke bahagian tengah wajah anda.
Nak lebih bergaya dan dalam masa yang sama menyorok rupa hidung anda yang tidak mancung, anda boleh tambah volume rambut di bahagian belakang kepala. Mungkin dengan gaya rambut lepas berombak atau ikatan sanggul?
#6 Guna Alat Solek Yang Matte
Pastikan semua barang solekan berasaskan formulasi matte finish tanpa sebarang kilatan. Jika cahaya memantul ke atas hidung anda, itu sekaligus menarik perhatian orang yang berada di hadapan.
Selepas selesai menggunakan bedak asas serta concealer, pastikan anda menggunakan loose powder untuk menutup kembali semua kilatan dan minyak yang ada pada wajah.
#7 Pakai Pemerah Pipi
Anda juga boleh sorok bentuk hidung dengan menyerlahkan bahagian muka yang lain seperti pipi. Lakukan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi anda serta highlighter di atas tulang pipi anda!
#8 Guna Bronzer
Bronzer juga boleh menampakkan ilusi hidung yang lebih kecil dan mancung. Sapukan bronzer pada bahagian wajah yang selalu menangkap cahaya. Rujuk pada rajah panduan sapuan bronzer di atas.
#9 Warna Bibir Menonjol
Cara paling mudah untuk alih pandangan mata orang yang melihat! Gayakan olesan gincu bibir yang berwarna pekat serta terang. Anda boleh cuba gincu yang berkilat seperti lip gloss juga!
#10 Berlatih Menyolek
Pada saat mula-mula anda belajar melakukan teknik shading atau conturing, ia mungkin kelihatan sukar! Tetapi apabila anda selalu berlatih dan mengamalkannya, lama-kelamaan secara asli teknik solekan anda yang agak kabut itu tadi menjadi rapi dengan sendirinya.
Selalu lakukan solekan di hadapan tingkap untuk mendapatkan sumber cahaya semula jadi kerana lampu elektrik kebiasaannya tidak bisa memperlihatakan warna solekan yang sebenar.
Selamat beramal!